Showing posts with label antioksidan. Show all posts
Showing posts with label antioksidan. Show all posts

Sunday, 3 June 2012

Khasiat Minyak Zaitun, Benefits of Extra Virgin Olive Oil


Minyak zaitun mempunyai pelbagai jenis keluaran mengikut gred-gred yang tertentu. Harganya juga berbeza sama seperti madu lebah. Keistimewaan minyak zaitun jenis ini ialah kerana ia tidak melalui proses penapisan halus ( unfiltered) di mana keladak itulah yang menjadikan minyak ini berhasiat tinggi untuk kesihatan. Industri minyak zaitun sangat bergantung kepada kepercayaan pengeluar kerana dibimbangi minyak ini akan dicampur dengan minyak hazel yang lebih murah. Minyak zaitun ini dikenali sebagai pati zaitun (extra virgin olive oil) diproses secara tradisional dan tidak melibatkan pemanasan atau penggunaan bahan kimia. Lelaki yang ingin sentiasa sihat sehingga jantung berfungsi seperti normal di usia tua perlu mengambil 2 sudu besar sehari sementara wanita pula menggunakannya bagi keremajaan kulit dan emosi terutama apabila PMS atau menopouse. Goncangkan minyak ini sebelum minum dan pengambilannya sewaktu perut kosong. Ianya mencairkan darah dan membersihkan darah dari toksid dan bahan tidak diperlukan oleh tubuh, benarlah firman Allah dalam surah AnNur ayat 35, Firmannya "Allah yang menerangkan langit dan bumi, Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al quraan), adalah sebagai sebuha "misykaat" yangberisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (gandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar terang cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manafaatnya (iatu) pokok zaitun yang bukan sahaja yang disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir hampir minyak itu- dengan sendirinya- memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya)walaupun ianya tidak disentuh api, (sinaran nur hidayah yang demikian bandngannya ialah adalah sinaran yang berganda ganda); cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yang dikehendakkinya (menurut undang undang dan peraturanya)kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan berbagai bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu. Pola kehidupan kita masakini dengan tabiat memakan makanan berminyak, makanan segera, makan di kedai dan restoran, suka makan ayam yang dirawat dengan hormon penggemuk, makan lewat malam menyebabkan terkumpul tenaga yang dicerna dalam perut tetapi disebabkan kekurangan aktibiti yang banyak menggunkan tenaga seperti sedang tidur, tenaga tersebut bertukar menjadi lelemak yang berkumpur di Hati (Fatty liver), di Sekitar Jantung, dilapisan perut (Buncit) dan bahagian bahian anggota lain yang menyebabkan kegemukan. Apabila ini berlaku bertahun tahun lamanya Darah menjadi pekat dan salur darah di arteri, pembuluh darah dan kapilari mulai menebal dengan lelemak. ini adalah puncanya berlaku kesemutan bermula dengan di jari jari tangan dan kaki (apabila duduk bersila lama). Maka perlulah kita mengamalkan meminum Minyak Zaitun extra Virgin.
Olive Trees 1500 years old found at Greece

Friday, 20 January 2012

Pecahkan batu karang guna daun pecah beling

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik. Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol). Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati. Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal. Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi. Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis. lawati :http//www.maynetwork.net/racek Artikel oleh: Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar. Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.