Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Friday, 20 January 2012
Pecahkan batu karang guna daun pecah beling
Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau
Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal
dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat
pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan
tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan
gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo,
kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini
lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.
Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah
digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis
serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan
air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan
rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling
mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan
pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom
kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan
pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah
diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi
benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik
dan asid siringik.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling
mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%),
kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya
juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan
banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga
mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua
kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan
(total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan
dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).
Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan
untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro
(kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu,
ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan
pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada.
Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini
mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau
keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu
untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan
risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air
pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan
keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.
Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada
daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk
merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di
atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras
kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol
di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak
dapat diserap.
Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya
sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak
daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan
paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan
(total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau
kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula
darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras
jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras
jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah
penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu,
ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit,
tetapi juga untuk mereka yang normal.
Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh
pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat
tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser
ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus
yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi
ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan
pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu
Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang
disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.
Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai
banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di
samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser,
antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian
klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan
kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau
kencing manis.
lawati :http//www.maynetwork.net/racek
Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.
Monday, 28 November 2011
Koko (Theobroma cacao) penyembuh Stroke, Darah Tinggi, Diabetes dan Kanser
Alhamdulillah,syukur sebanyaknya kepada Allah kerana kehaziran tuan puan ke program kpj esp pada malam ini. Pada malam ini saya akan memperkatakan tentang kelebihan radix coco dan mocha radix yang menjadi target program esp supaya kita membeli can mengguna dengan ilmu bukan dengan semangat semata mata. Semangat boleh patah jika tidak ada ilmu dan dengan ilmu yang kita berikan ,kita akan mendapat pelanggan seumur hidup.
Koko atau nama sainnya ialah Theobroma cacao dari keluarga Malvaceae sebenarnya mempunyai khasiat ubatan yang sangat tinggi namun ia lebih dilihat sebagai penyedap minuman sahaja.
pertamanya koko mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Maksud antioksidan ialah bahan yang digunakan oleh tumbuh tumbuhan untuk daya tahan dari serangan pelbagai penyakit. Dalam perubatan tib Nabawi kita akan melihat banyak tumbuh tubuhan telah digunakan untuk tujuan kesihatan seperti kurma,madu,minyak zaitun,kismis dan lain lain lagi. Sihat itu boleh berlaku dengan langkah pertama iaitu pencegahan. Mencegah itu boleh berlaku dengan menggunakkan herba yang mengandungi mineral,vitamin dan bahan bahan tertentu . Allah menjadikan antioksidan yang diperlukan oleh tumbuh tumbuhan dan dalam masa yang sama juga untuk kesihatan manusia sebagai khalifah Allah.Allah melarang menggunakan bahan bahan yang haram dan boleh membinasakan tubuh untuk jangkapanjang dan KOKO memiliki antioksidan yang tinggi dan digunakan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh.
Kajian baru sangat memeranjatkan dunia di mana 4 penyakit utama dapat dirawat sehingga penyembuhan mencapai 90%. Penyakit utama tersebut ialah stroke,darah tinggi,kencing manis dan kanser dengan pengambilan 40 cawan koko sehari iaitu segelas besar pagi,tengahari dan malam. Penyakit sembuh dengan ketara selepas sebulan mengambilnya.
Koko juga mengelakkan serangan penyakit jantung dengan mengurangi LDL dan HDL. Bagi pesakit kencing manis KOKO juga membantu menstabilkan insulin. Menurut universiti harvard ,koko mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai epicatechin yang berpotensi tinggi menjadi sebuah vitamin keperluan masakini. Dark chocolate juga sangat baik untuk kesihatan.
Hpa akan mengeluarkan koko tanpa gula ( coco diet) untuk tujuan kesihatan dimana gula yang digunakan boleh diambil daripada madu lebah,gula merah atau gula aren.
Namun bagitu sediaan seperti koko radix dan mocha radix juga membantu kesihatan pengguna.Dari testimoni yang dapat dilihat orang yang mengambil koko atau mocha lebih sihat dan tenang dibandingkan dengan pesakit darah tinggi dan jantung yang enggan mengambilnya.
Mocha mempunyai tiga kekuatan iaitu kekuatan dari koko,kekuatan dari kopi dan kekuatan dari 7 herba yang digunakan .Semua kekuatan itu dibawah kekuasaan mutlak dari Allah yang maha berkuasa.
*kutipan dari tulisan blog pengarah hpa.
Tuesday, 8 November 2011
Kapsul Sirih dan Kapsul Dria
Kapsul sirih plus ialah herba yang banyak kegunaanya dalam rawatan.Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara.Ini mengelakan daripada berlakunya ketumbuhan yang Lenin serious seperti kanser . Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui slm dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran mlm.Dos yang perlu diambil ialah 2x3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu
Produk Dria pula untuk rawatan diare atau cirit birit.Sama seperti teh sepang malah lebih cepat berkesan.Campurkan dengan air mendidih hingga keluar warna merah terang.Ia sebenarnya juga baik untuk ulcer atau gastrik tetapi semuanya perlu dibuka kapsul.InsyaAllah.
Posted by jawimedherb at 12:58 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)