Showing posts with label Extra Virgin Olive Oil. Show all posts
Showing posts with label Extra Virgin Olive Oil. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Sakit Perut, Colic, Billiary Colic, Renal Colic


generally diagnoses colic in adults is when a person comes in complaining of varying degrees of gastrointestinal pain. The pain may last anywhere from a few minutes to several hours; or in some cases, several days. The level of pain varies as well. Some people may feel like they're having muscle cramps, while others have so much pain that their daily life is interrupted. Healthcare practitioners usually try to observe and classify patients' pain to make a full diagnosis. For example, if the pain is in the lower part of the stomach and goes out towards the groin area, healthcare practitioners may test for biliary colic, a condition commonly caused by kidney stones. Appendicitis may also cause gastrointestinal discomfort, especially if the person feels pain around his or her belly button that gets worse with pressure. Sakit dibahagian Abdomen atau bahagian perut yang berlarutan dan berulang ulang boleh di diagnos mealalui saraf tapak tangan dan Saraf Iris mata... Amalan membuang pundi hempedu akan menyebabkan pesakit menderita sepanjang hidup untuk rawatan secara alami 1. Amalkan Minum Minyak Zaitun dan Palm Honey untuk memecahkan batu hempedu. 2. Amalan kapsul herba diuretik seperti Malac dibuka dan + Madu Asli + air suam akan memecahkan batu ginjal 3. Sekiranya sudah membuang pundi hempedu, amalkan Teh Pengaga untuk cepat sembuhkan dari operation, Kapsul IMT untuk tahan sakit and antibiotik, Hilangkan kepedihan Kapsul Herba Tuju Angin dan Madu, untuk jaga salur kencing Kapsul Malac + Madu, Amalan pengambilan Minyak zaitun + Kapsul Rosselle atau Kordial Rosselle membantu kesihatan anda

Sunday, 3 June 2012

Khasiat Minyak Zaitun, Benefits of Extra Virgin Olive Oil


Minyak zaitun mempunyai pelbagai jenis keluaran mengikut gred-gred yang tertentu. Harganya juga berbeza sama seperti madu lebah. Keistimewaan minyak zaitun jenis ini ialah kerana ia tidak melalui proses penapisan halus ( unfiltered) di mana keladak itulah yang menjadikan minyak ini berhasiat tinggi untuk kesihatan. Industri minyak zaitun sangat bergantung kepada kepercayaan pengeluar kerana dibimbangi minyak ini akan dicampur dengan minyak hazel yang lebih murah. Minyak zaitun ini dikenali sebagai pati zaitun (extra virgin olive oil) diproses secara tradisional dan tidak melibatkan pemanasan atau penggunaan bahan kimia. Lelaki yang ingin sentiasa sihat sehingga jantung berfungsi seperti normal di usia tua perlu mengambil 2 sudu besar sehari sementara wanita pula menggunakannya bagi keremajaan kulit dan emosi terutama apabila PMS atau menopouse. Goncangkan minyak ini sebelum minum dan pengambilannya sewaktu perut kosong. Ianya mencairkan darah dan membersihkan darah dari toksid dan bahan tidak diperlukan oleh tubuh, benarlah firman Allah dalam surah AnNur ayat 35, Firmannya "Allah yang menerangkan langit dan bumi, Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al quraan), adalah sebagai sebuha "misykaat" yangberisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (gandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar terang cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manafaatnya (iatu) pokok zaitun yang bukan sahaja yang disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir hampir minyak itu- dengan sendirinya- memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya)walaupun ianya tidak disentuh api, (sinaran nur hidayah yang demikian bandngannya ialah adalah sinaran yang berganda ganda); cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yang dikehendakkinya (menurut undang undang dan peraturanya)kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan berbagai bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu. Pola kehidupan kita masakini dengan tabiat memakan makanan berminyak, makanan segera, makan di kedai dan restoran, suka makan ayam yang dirawat dengan hormon penggemuk, makan lewat malam menyebabkan terkumpul tenaga yang dicerna dalam perut tetapi disebabkan kekurangan aktibiti yang banyak menggunkan tenaga seperti sedang tidur, tenaga tersebut bertukar menjadi lelemak yang berkumpur di Hati (Fatty liver), di Sekitar Jantung, dilapisan perut (Buncit) dan bahagian bahian anggota lain yang menyebabkan kegemukan. Apabila ini berlaku bertahun tahun lamanya Darah menjadi pekat dan salur darah di arteri, pembuluh darah dan kapilari mulai menebal dengan lelemak. ini adalah puncanya berlaku kesemutan bermula dengan di jari jari tangan dan kaki (apabila duduk bersila lama). Maka perlulah kita mengamalkan meminum Minyak Zaitun extra Virgin.
Olive Trees 1500 years old found at Greece

Saturday, 20 August 2011

Khasiat dan Keistimewaan Buah Zaitun

Buah Zaitun Khasiat dan Keistimewaannya
Norkumala bt. AwangPegawai Penyelidik11/04/2008 Artikel Bahasa Malaysia

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.




Wednesday, 8 June 2011

Masaalah Kesemutan, kebas kebas hujung jari dan tergigit lidah, Numbness of fingers and legs and tongue bitten

Apabila kita terasa kebas kebas dihujung jari itu menandakan darah kita berada dalam kepekatan yang tinggi, mengakibatkan perjalanan darah tidak lancar dan adanya tanda tanda salurdarah kapilari (yang terhalus dihujung jari) tersumbat.
Dalam keadaan serius anda akan sering tergigit lidah kerana pergerakan lidah dikawal oleh otak, apabila jumlah darah beroksigen kurang sampai keotak, fungsi otak terganggu dan lambat bertindak menyebabkan sering tergigit lidah.

Penawarnya ialah Virgin Olive Oil (Minyak Zaitun). Allah bersumpah atas buah zaitun dan perihal zaitun juga disebut sebanyak 7 kali disebut dalam Al Quraan. Maka marilah kita kembali kepada sunnatullAllah.
Khasiat minyak zaitun non refined amatlah banyak diantaranya mencairkan darah, membersihkan darah dari kolestrol dan menguatkan otot otot jantung, makanlah sekurang kurang 2 tutup botol sebanyak 3 kali sehari atau 2 tutup botol sebanyak 7 kali sehari.

Untuk membersihkan salur darah yang tersumbat terutama di kapillari dan salur darah dijantung bahagian luar dan juga dimana dimana salur darah yang tersumbat dalam tubuh gunalah Palm Honey iatu campuran Madu dan Cuka Nipah.
Semua herba yang diadun bersama madu akan menaikkan kekuatan herba sebanyak 10 kali ganda dan cuka nipah digunakan untuk membersihkan salur darah yang tersumbat oleh plak dan mengurangkan masaalah thrombosis ((Eng)Once you suffer a numbness in your fingers, it is an early symptom of Blood thickening and blockage of capillaries which resulting insufficient blood flow. When this happen frequently you will unintentionally bitten your tongue or lips any inside part of your mouth, this incident show that blood flow to the brain part which control these movements received less blood quantity, during this occurrence, you will always have sudden headache either one side or topside or behind and frontal section. This could be reduced and avoided if you practicing 2 tablespoon 5 times daily Extra Virgin Olive Oil which function to increase blood thinning effectively, supply antioxidant, reduce cholorestrol and fatty acid in the blood. The function of Olive oil to clear the blood can be found in Al Quraan which Allah mention 7 times in the AL Quraan, one of the statement in Surah An Nur Verse 13. Those who already have the above symptom also shall practising 2 tablespoon 7 times daily Palm Honey, a mixture of Original honey and Vinegar of Nypah Palm, which assist to reduce the the thrombosys, plague and artherosclerosis (thickening of blood vessel due to fatty acid) Masaalah lain adalah Tunner Carpel Syndrom, juga mempunyai tanda tanda kesemutan atau kebas sebahagian tangan