Showing posts with label anti kanser. Show all posts
Showing posts with label anti kanser. Show all posts
Friday, 20 January 2012
Pecahkan batu karang guna daun pecah beling
Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau
Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal
dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat
pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan
tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan
gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo,
kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini
lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.
Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah
digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis
serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan
air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan
rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling
mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan
pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom
kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan
pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah
diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi
benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik
dan asid siringik.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling
mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%),
kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya
juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan
banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga
mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua
kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan
(total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan
dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).
Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan
untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro
(kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu,
ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan
pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada.
Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini
mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau
keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu
untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan
risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air
pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan
keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.
Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada
daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk
merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di
atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras
kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol
di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak
dapat diserap.
Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya
sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak
daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan
paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan
(total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau
kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula
darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras
jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras
jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah
penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu,
ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit,
tetapi juga untuk mereka yang normal.
Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh
pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat
tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser
ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus
yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi
ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan
pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu
Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang
disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.
Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai
banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di
samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser,
antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian
klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan
kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau
kencing manis.
lawati :http//www.maynetwork.net/racek
Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.
Sunday, 28 August 2011
Monday, 25 July 2011
Khasiat Produk Lebah
1. Madu (Honey)
2. Royal Jelly
3. Propolis -
a. Efek Samping (Alahan) - Pemakaian dimata boleh menyebabkan reaksi alergi dan menjadi merah matanya, penggunaan berterusan boleh menyebabkan allergi, Penderita Asma yg kronik tidak digalakkan mengguna propolis. Orang ada masaalah kulit (Dermatitis) juga tidak digalkkan guna propolis. Sekiranya ada mengambil ubat hospital jarakkan 1 jam sebelum mengambil propolis.
b. Apa itu propolis?, pro - sebelum dan polis- kota maka propolis adalah sistem pertahanan lebahdari pelbagai penyakit
c. Komposisi Propolis - 55% Resin (Flafonoid, Phenolik Asid,Ester), 30% Lilin Lebah + Asid Amino tumbuhan, 10% minyak essential (16 asid Amino mudah meruap-Volatile acid amino, 4.6% Arginin, Prolin), 5% serbuk sari (bahan organik terdiri 14 mineral spt besi, zing, keton, lakton, quinon, steroid, benzoik asid, vitamin dan glukos) bahan lain ialah Sinamat Asid, Sinamil Alkohol, Vanilin, Asid Kafeat, Fenetil ester, tetokrisin, krisin, galanin, Ferulat Asid (Bahan Bahn ini adalah Antibiotik).
d. Khasiat propolis- digunakan untuk mengatasi masaalah kardiovaskular, sistem peredaran darah (anemia), mengatasi problem organ pernafasan (terutama infeksi bakteria), kesihatan gigi, menyenbuhkan luka terbakar, mengatasi masaalah infeksi lapisan rongga mulut (mukus), terapi kanser, meningkatkan sistem imunisasi tubuh, gangguan pencernaan dan melindungi hati
e. Sebagai Antibiotik - KOmponen dalam propolis yg bersifat antibakteria ialah Polyisoprenylated benzophenon, galangin, pinobanksin dan pinocembrin
f. Bakteria yg boleh di halangi menggunakan propolis ialah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Streptomyces sobrinus, Saccharomyces cerevisiae, Escherichia coli, Salmonella dan Shigella, Giardia lambia, Bacteriodes nodocuc, Klebsiella pneumoniae, selain itu efektif terhadap fungi Candida albicans, Aspergillus niger, Botrytis cinerea, dan Ascosphaera apis
g. Sebagai Anti Kanser - Flavonoid dalam propolis melambatkn metabolisme sel kanser, dengan mengganggu penggabungan sel timidin, uridin dan leucin dalam sel kanser. Flavonoid terdapat nbanyak dalam tumbuhan tetapi dalam kuantiti kecil berbanding dalam propolis ianya terkonsentrasi. Asid Kafeik dan Clerodane diterpendoid bersifat pembunoh sel kanser dalam ujian makmal
h. Kanser payudara, tumor ginjal, tumor usus, kanser paru paru adalah sebahagian kanser yg dapat diubati guna propolis
i. Zat aktif asid ferulat agglutinating beranan untuk pembekuan darah dibahagian luka terbuka. Sifat propolis yg menstimulasi berbagai kelenjar dan adanya zat Arginin membantu sel kulit bernafas dgn optimum, meningkatkn metabolisme sel, mempercepatkan luka terbakar, terbaik potongan Aloe Vera + propolis membantu penyembuhan luka terbakar
4. Polen
5. Lilin Lebah
6. Bee Bread (Roti)
7. Bee Venom (Bisa)
8. Apilarnil

Monday, 16 May 2011
Detoksifikasi Usus (Colon)
1. Memahami Sistem Usus
a. Makanan yang melalui sistem usus memerlukan sekitar 14 jam waktu transit didalam usus. Makanan yang tidak seimbang, kekurangan serat dan air, penggunaan antibiotik dan tekanan perasaan (stress) boleh melambatkan waktu transit tersebut.
b. Sbahagian kecil sisa kotoran yang ada akan dikeluarkan oleh badan. Dalam satu kajian autopsy, ditemui sekitar 1okg hingga 15 kg kotoran yang masih melekat pada lipatan lipatan kecil usus kecil dan besar orang dewasa. Masaalah sisa kotoran ini akan menjadi punca munculnya penyakit penyakit kronik.
c. Sebab sebab usus tersumbat dan bertoksid:
i. Makanan tidak seimbang - Pengambilan makanan yang tidak seimbang yang boleh meningkatkan kadar keasidan (acid-forming foods) seperti gula, tepung, makanan segera dan sebagainya.
ii. Makanan Proses - Makanan proses akan mengurangkan kesan elektrolisis dalam badan dan seterusnya mengakibatkan cairan hempedu yang seharusnya membantu pencernaan menjadi lebih berasid (masam) menyebabkan cairan hempedu tidak dapat mencernakan makanan dengan sempurna, ini akan mengakibatkan pembinaan penampal/pemalam plak (Plug) pada mukus (false mucoid lining) didinding dinding usus.
iii. Plak (Plug) - Plak ini menghalang penyerapan segala ubat dan zat makanan yang dimakan, dan pada waktu yang sama menjadi punca/ sumber toksid. Sisa kotoran dan kuman jahat akan diserap masuk kedalam saluran darah dan hati secara berterusan atau disebut sebagai autointoxication.
iv. Toksin - Toksin semakin membebani usus dan aliran darah sedangkan tubuh tidak lagi mampu menghasilkan nutrin yang cukup. akibatnya hati akan terpaksa menerima keadaan ini dan tidak lagi mampu menapis semua toksin hingga akhirnya sistem imuniti(daya Tahan) tubuh turut lemah untuk melawan penyakit
Penyumbatan usus dan toksid seperti diatas akan menyebabkan simptom penyakit seperti pening kepala, kelesuan, nafas berbau, sakit pada bahagian sendi dan gatal gatal pada kulit. Selain itu penyumbatan usus oleh sisa sisa kotoran dalam tubuh juga akan menimbulkan kesan psikologi seperti emosi terganggu dan munculnya pemikiran negatif
2. Menghilangkan Toksid Pada Usus
a. Usus merupakan salah satu organ tubuh yang perlu mendapat perhatian dalam perawatan kesihatan. Usus besar yang sihat akan mengelaurkan najis (tinja/kotoran) dalam masa tidak lebih dari 14 jam. jika Najis tersebut tidak segera dikelaurkan akan menjadi toksid dan diserap kedalam sistem peredaran darah dan seterusnya disimpan dalam tubuh. Proses ini dikenalai sebagai autointoxication
b. Herba Tuju Angin dihasilkan dari Mengkudu Hutan (Morinda eleptika) yang mempunyai bahan aktif morindin yang berfungsi membuang toksid yang ada dalam usus. Selain itu bahan aktif tersebut juga dapat berfungsi sebagai anti kanser dan bersifat probiotik
Subscribe to:
Posts (Atom)