Wednesday 30 November 2011

Aktibiti, Kuliah dan Perawatan

Aktibiti kami: 20.11.2011 (Ahad): Kuliah Apitheraphy di Hulu Selangor, Hubungi Mr Bee 0192606772 untuk pendaftaran
27.11.2011 (Ahad): Kuliah Apitherapahy di Hulu Selangor, Hubungi Mr Bee 0192606772 untuk pendaftaran
01.12.2011 (Khamis): Perawatan dan Produk Halal di Stadium Tertutup Nilai, Hubungi Herbalis Hj Yusof 0192075142 untuk diagnos kelemahan organ, perawatan dan Sinergi Herba
02.12.2011 (Jumaat): Perawatan dan Produk Halal di Stadium Tertutup Nilai, Hubungi Herbalis Hj Yusof 0192075142 untuk diagnos kelemahan organ, perawatan dan Sinergi Herba
03.12.2011 (Sabtu)(9 pag- 5 ptg): Kuliah Akupuntur di Selayang, Hubungi Herbalis Sayed 0122073777, Herbalis Marina 0126618355 untuk pendaftaran - Modul 1 Anatomi, Konsep Yin Yang, Teori U sing dan 9 titik untuk dibawa pulang, Peserta akan mendapat 2 buah buku rujukan Akupuntur, Amali dan Teori, makan dan Sijil yang disediakan oleh Kolej Komuniti 04.12.2011 (Ahad): Kuliah Akupuntur di Selayang, Hubungi Herbalis Sayed 0122073777, Herbalis Marina 0126618355 untuk pendaftaran - Modul 2 : Meridian Heart (9 titik), Meridian Lung (11 titik), Meridian Pericardium (9 titik), Amali dan Teori, makan dan Sijil yang disediakan oleh Kolej Komuniti
Program Herbalis Muda untuk Musim Cuti Sekolah bagi peserta berumur 15-20 tahun 4.0 PROGRAM HERBALIS MUDA 4.1 Modul 1 (Muhasabah Diri 1): RM150.00 Jika aku sakit (Hadis) 2 jam Pola Kehidupan Rasullullah saw 3 jam Hadis Perubatan Rasullullah saw 3 jam 4.2 Modul 2 : (Muhasabah Diri 2) RM150.00 Halal Haram dalam kehidupan 3 jam Perubatan JAWI (pengenalan) 1 jam Anatomi dan Fisiologi 4 jam 4.3 Modul 3 (Asas Diagnosa): RM150.00 Diagnosa Saraf Tapak Tangan 3 jam Diagnosa Saraf Iris Mata 3 jam Praktikal 2 jam 4.4 Modul 4 (Perawatan): RM150.00 Teknik Bekam Al Hijamah 3 jam Praktikal 2 jam Pengenalan Herba 3 jam 4.5 Modul 5 (Perawatan) RM150.00 Yin Yang dan Teori Unsur 1 jam Asas Akupuntur (9 needle) 3 jam Diagnosa Saraf Lidah 1 jam Praktikal 2 jam Urutan Limfatik 1 jam 4.6 Modul 6 (Perawatan) RM150.00 Pengenalan Penternakan Lebah 4 jam Apitheraphy 4 jam 4.7 Modul 7 (Perawatan) RM150.00 Pembetulan Tulang Belakang 4 jam Refleksologi 2 jam Praktikal 2 jam Jumlah jam / Yuran Program 52 jam RM1,050.00 Untuk keterangan lanjut sila call/miss call/ sms kepada Herbalis Sayed 0122073777, Herbalis Marina 012661835, Herbalis Hisham (Al Mufeed)0179361721 dan Herbalis Hj Yusof 0192075142

Monday 28 November 2011

Koko (Theobroma cacao) penyembuh Stroke, Darah Tinggi, Diabetes dan Kanser

Alhamdulillah,syukur sebanyaknya kepada Allah kerana kehaziran tuan puan ke program kpj esp pada malam ini. Pada malam ini saya akan memperkatakan tentang kelebihan radix coco dan mocha radix yang menjadi target program esp supaya kita membeli can mengguna dengan ilmu bukan dengan semangat semata mata. Semangat boleh patah jika tidak ada ilmu dan dengan ilmu yang kita berikan ,kita akan mendapat pelanggan seumur hidup. Koko atau nama sainnya ialah Theobroma cacao dari keluarga Malvaceae sebenarnya mempunyai khasiat ubatan yang sangat tinggi namun ia lebih dilihat sebagai penyedap minuman sahaja. pertamanya koko mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Maksud antioksidan ialah bahan yang digunakan oleh tumbuh tumbuhan untuk daya tahan dari serangan pelbagai penyakit. Dalam perubatan tib Nabawi kita akan melihat banyak tumbuh tubuhan telah digunakan untuk tujuan kesihatan seperti kurma,madu,minyak zaitun,kismis dan lain lain lagi. Sihat itu boleh berlaku dengan langkah pertama iaitu pencegahan. Mencegah itu boleh berlaku dengan menggunakkan herba yang mengandungi mineral,vitamin dan bahan bahan tertentu . Allah menjadikan antioksidan yang diperlukan oleh tumbuh tumbuhan dan dalam masa yang sama juga untuk kesihatan manusia sebagai khalifah Allah.Allah melarang menggunakan bahan bahan yang haram dan boleh membinasakan tubuh untuk jangkapanjang dan KOKO memiliki antioksidan yang tinggi dan digunakan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh. Kajian baru sangat memeranjatkan dunia di mana 4 penyakit utama dapat dirawat sehingga penyembuhan mencapai 90%. Penyakit utama tersebut ialah stroke,darah tinggi,kencing manis dan kanser dengan pengambilan 40 cawan koko sehari iaitu segelas besar pagi,tengahari dan malam. Penyakit sembuh dengan ketara selepas sebulan mengambilnya. Koko juga mengelakkan serangan penyakit jantung dengan mengurangi LDL dan HDL. Bagi pesakit kencing manis KOKO juga membantu menstabilkan insulin. Menurut universiti harvard ,koko mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai epicatechin yang berpotensi tinggi menjadi sebuah vitamin keperluan masakini. Dark chocolate juga sangat baik untuk kesihatan. Hpa akan mengeluarkan koko tanpa gula ( coco diet) untuk tujuan kesihatan dimana gula yang digunakan boleh diambil daripada madu lebah,gula merah atau gula aren. Namun bagitu sediaan seperti koko radix dan mocha radix juga membantu kesihatan pengguna.Dari testimoni yang dapat dilihat orang yang mengambil koko atau mocha lebih sihat dan tenang dibandingkan dengan pesakit darah tinggi dan jantung yang enggan mengambilnya. Mocha mempunyai tiga kekuatan iaitu kekuatan dari koko,kekuatan dari kopi dan kekuatan dari 7 herba yang digunakan .Semua kekuatan itu dibawah kekuasaan mutlak dari Allah yang maha berkuasa. *kutipan dari tulisan blog pengarah hpa.

Tuesday 15 November 2011

Kulat Susu Harimau (Lignosus rhinoceros)

Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan. Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu . Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa. Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan dnanah dan darah kotor akan mengalir keluar. Posted by jawimedherb at 7:44
BUKAN satu rahsia lagi, cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian. Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau. Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis. Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami. Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser. Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden. ‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat. ‘‘Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion),” ujar Powell. Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China. Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England. Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden. Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya. Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks. ‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser. ‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun. ‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya. Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut. Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit. ‘‘Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan. ‘‘Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau. Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi . Powell sendiri banyak menggunakan Reishi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun. Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu: ‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan. ‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun. ‘‘Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.” Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun. MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan. Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium. Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor. Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati. ‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid. ‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell. [ Mingguan Malaysia, 13 Januari 2008 ] Manakala Kulat susu harimau @ Lignosus Rhinocerus mengikut ceritanya, cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau, namun tidak dapat dibuktikan kebenarannya, namun begitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah satu ketumbuhan di payudara. Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan. Dalam perubatan tradisional, kulat ini dijadikan ubat sapu di mana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara. Pesakit akan merasai dingin dan dapat mengurangkan peradangan atau bengkak susu. Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakkan berlakunya peradangan yang lebih teruk. Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat di dalam hutan-hutan tebal di banjaran Titiwangsa. Kulat yang baik mempunyai berat bila di timbang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong. Jika telah berlaku pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah. Nanah serta darah kotor tadi akan mengalir keluar.
Nama Tempatan: Cendawan susu rimau Nama Saintifik: Lignosus rhinocerus Nama Lain: Cendawan susu harimau, kulat susu rimau. Famili: Lokasi dijumpai: Seluruh Malaysia Asal: Keterangan: Cendawan susu rimau atau cendawan susu harimau (Lignosus rhinocerus) merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di muka bumi negara kita. Menurut penceritaan orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya. Ubi (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Kadang-kalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya. Apabila tiba masanya, ianya akan bercambah keluar dan membentuk payung cendawan yang berkembang mekar. Menurut kepercayaan, hanya orang yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini. Kegunaan: Cendawan susu rimau mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan. Sejak sekian lamanya, ianya digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Bahagian ubi cendawan susu rimau yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan. Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah payudara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan. Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati dermam, lelah, ashma, menigkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.

Wednesday 9 November 2011

Link to usm.my untuk abstract prihal madu dan produk lebah

APITHERAPHY







Apitherapy, coming from the Latin word for bee, focuses on the medical use of various bee products to cure a myriad of health problems
The treatment use of honey bee venom therapy is based on the long-known fact that

bee-keepers ( who often get stung ) very rarely develop arthritis or problems with their joints and muscles

Apitoxin, or honey bee venom, is a bitter colorless liquid.

The active portion of the venom is a complex mixture of proteins, which causes local inflammation and acts as an anticoagulant.

The venom is produced in the abdomen of worker bees from a mixture of acidic and basic secretions.

Apitoxin is acidic (pH 4.5 to 5.5).
A honeybee can inject 0.1 mg of venom via its stinger. It is estimated that 1% of the population is allergic to bee stings. Apitoxin can be deactivated with ethanol.

Bee venom therapy is used by some as a treatment for rheumatism and joint diseases due to its anticoagulant and anti-inflammatory properties. It is also used to desensitize people allergic to insect stings.

Bee venom therapy can also be delivered in the form of Bee Venom Balm although this may be less potent than using live bee stings.

Bee venom contains many different active chemical compounds. Melittin is the main one and is a very potent anti-inflammatory agent. Other chemicals in the venom act as painkillers and alter nerve pathway transmissions.

Bee venom therapy enthusiasts have used it for arthritis, for other inflammatory conditions and for the treatment of chronic scar tissue. Recent experiments have begun with some chronic multiple sclerosis (MS)

How It Works ?

Bee Venom Therapy (BVT) is administered in a rather straightforward fashion:

the patient gets bee venom injected directly into his or her body by either using a needle, inserting the bee's stinger into their flesh, or letting a live bee sting them. A licensed doctor must administer the injections.

Usually, the patient receives anywhere from two to five stings each session, although for certain conditions people receive 20 stings at one time or more.

The bees will usually be contained in a special jar, box or hive, and will be placed directly on the area that needs to be treated.

Alternatively, you can buy a box of bees yourself from an apitherapist, or bee farmer, and let them sting you.

All you need is a pair of special tweezers and the guts to place a bee on your flesh and let it do its duty. It is recommended to wait from three to five minutes before removing the stinger.

It is important to check for allergies before trying any of bee products . People who are allergic to bees, suffer from asthma or have a compromised immune system should avoid bee products altogether...

Tuesday 8 November 2011

Herba Tuju Angin




Ramuan utama Herba Tuju Angin ialah dari pokok Teja Lawang (Cinnamomum
iners) yang mengandungi minyak meruap (minyak asiri). Herba Teja Lawang
tergolong dalam famili yang serupa dengan pokok Kayu Manis. Hal ini dengan
mudah dibuktikan dengan mematahkan kulit Kayu Manis maka akan didapati bahan
yang sama dengan Teja Lawang, Cuma baunya berlainan.


Herba lain yang digunakan dalam ramuan Herba Tuju Angin
adalah Mengkudu Hutan, Cemamar, Tebu Gajah dan Larak. Sinergi dari herba-herba
tersebut sangat berguna bagi kesihatan tubuh serta menjadi penawar mujarab yang
dapat merawat berbagai penyakit.

TEJA LAWANG

Herba Teja Lawang
terdapat di kawasan hutan Perlis dan Kedah, selain itu juga terdapat di
beberapa kawasan hutan Thailand dan Indonesia. Bahagian tumbuhan yang digunakan
sebagai ubat adalah terasnya yang telah berumur lebih dari 100 tahun.



Teras Teja Lawang mengandungi
minyak meruap (minyak asiri) yang sangat berguna untuk memperbaiki sistem
pencernaan yang menimbulkan masalah angin dan seringkali menimbulkan rasa sakit
seperti nyeri pada sendi, pening kepala, terasa malas makan serta gangguan pada
pernafasan.





Batang
Teja Lawang juga mengandungi unsur kardiotonik yang jika disinergikan dengan
herba lain mampu berfungsi sebagai penguat jantung. Oleh itu Herba Tuju Angin amat baik diberikan
kepada penderita lemah jantung.


MANFAAT HERBA TUJU ANGIN


Setelah makan Herba Tuju Angin, biasanya
akan keluar peluh, hal ini disebabkan oleh kandungan karminatif yang terdapat
di dalam herba tersebut. Peluh akan keluar semakin banyak sekiranya dimakan
oleh orang yang biasa merokok. Proses keluarnya peluh itu adalah satu proses
detoksifikasi yang dilakukan oleh herba berkenaan.
Herba
Tuju Angin sesuai digunakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan wanita
yang hamil. Bagi anak-anak sebaiknya penggunaan Herba Tuju Angin dicampurkan
dengan air panas. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan Herba Tuju
Angin seeloknya disinergikan dengan herba lain dan hendaklah dilakukan 30 minit
sebelum makan dengan dosnya mengikut kadar berat badan.



Herba
Tuju Angin juga berfungsi sebagai pelawas serta mempercepatkan penyembuhan luka
ringan pada dinding usus. Herba ini akan memberikan reaksi yang cukup cepat
jika dibandingkan dengan herba lain. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh kurang
dari 7 hari.


Herba
Tuju Angin juga diyakini berkhasiat dapat merawat beberapa penyakit seperti
berikut:
1-Angin duduk – cepat penat, perut terasa
mual


2-Angin darah – cepat marah, emosi


3-Angin sendi – badan terasa sakit,
kesemutan pada kaki dan tangan


4-Migren – sakit kepala sebelah, pening secara
mendadak


5-Perut kembung


6-Reumatik


7-Sakit pada persendian

— with Masliza Md Sheh, Dang Anum, Radhiana Ramlan, Malacca Herbs, Ainol Anisah and At-Thalibah Alinmaslina.

Tanda Imbalance Hormon atau Hormon tidak seimbang

Alahan (Allergy symptoms)
Murung, keletihan dan kerisauan yang keterlaluan (Depression, fatigue and anxiety)
Endometriosis
Fibrocystic breasts
Rambut gugur dan bulu roma di muka berlebihan. (Hair loss and facial hair growth)
Sakit kepala, pening lalat dan fikiran yang tidak jelas (Headaches, dizziness and foggy thinking)
Nafsu seksual rendah (Low sex drive)
Osteoporosis
Premenstrual Syndrome (PMS)
Jangkitan kuman di salur kencing (Urinary tract infections and incontinence)
Uterine fibroids
Naik berat badan, bengkak air, & kembung perut (Weight gain, water retention and bloating)
Kulit berkedut (Wrinkly skin)
Posted by JawiHerbShop at 5:36 PM

Kapsul Sirih dan Kapsul Dria



Kapsul sirih plus ialah herba yang banyak kegunaanya dalam rawatan.Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara.Ini mengelakan daripada berlakunya ketumbuhan yang Lenin serious seperti kanser . Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui slm dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran mlm.Dos yang perlu diambil ialah 2x3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu


Produk Dria pula untuk rawatan diare atau cirit birit.Sama seperti teh sepang malah lebih cepat berkesan.Campurkan dengan air mendidih hingga keluar warna merah terang.Ia sebenarnya juga baik untuk ulcer atau gastrik tetapi semuanya perlu dibuka kapsul.InsyaAllah.
Posted by jawimedherb at 12:58 PM

Grapeseed



Masalah rambut yang luruh boleh dirawat dengan pengambilan grapeseed oil HPA (2x 2). Minyak biji anggur sangat baik bagi memperbaiki aliran darah terutama disekitar kepala. Disamping menyihatkan akar atau umbi rambut , minyak ini juga sebenarnya mengandungi bahan tertentu yang khusus untuk kesihatan rambut.

Selain dari itu tonik pandan juga membantu menjadikan rambut sihat dan hitam disamping mengelakan kekeringan terutama di kulit kepala. Rambut-rambut halus akan mulai tumbuh semula InsyaAllah.

Posted by JawiHerbShop at 7:37 AM

Nasi Lemak dan Kencing Manis



Awas jika anda gemar memakan nasi lemak ! Nasi lemak mendatangkan mudarat yang sangat besar jika sesaorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan wajib dihentikan serta merta. Keadaan penyakit kencing manis akan menjadi semakin teruk dimana kaki akan jadi hitam,lebam,kebas dan lama kelamaan membengkak diikuti dengan luka lambat sembuh. Akhirnya luka tersebut tidak upaya dirawat lagi maka kaki terpaksa di potong kerana gangren yang sangat merbahaya.

Sebenarnya bukan salah pada nasi tetapi sebab santan. Inilah yang dimaksudkan oleh orang tua-tua dahulu dengan pantun “sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa”. Jika anda masih sayangkan kaki anda,eloklah dihentikan mengambil nasi lemak setiap hari.

Satu perkara yang ingin di kongsikan dengan anda semua ialah tentang nasi lemak yang tidak menggunakan santan. Hari ini kita boleh gantikan santan dengan minyak VCO,disamping tidak merubah rasa ,kini nasi lemak telah menjadi makanan yang menyihatkan badan. Selamat mencuba.

Posted by JawiHerbShop at 7:46 AM