Showing posts with label mengkudu hutan. Show all posts
Showing posts with label mengkudu hutan. Show all posts
Tuesday, 8 November 2011
Herba Tuju Angin
Ramuan utama Herba Tuju Angin ialah dari pokok Teja Lawang (Cinnamomum
iners) yang mengandungi minyak meruap (minyak asiri). Herba Teja Lawang
tergolong dalam famili yang serupa dengan pokok Kayu Manis. Hal ini dengan
mudah dibuktikan dengan mematahkan kulit Kayu Manis maka akan didapati bahan
yang sama dengan Teja Lawang, Cuma baunya berlainan.
Herba lain yang digunakan dalam ramuan Herba Tuju Angin
adalah Mengkudu Hutan, Cemamar, Tebu Gajah dan Larak. Sinergi dari herba-herba
tersebut sangat berguna bagi kesihatan tubuh serta menjadi penawar mujarab yang
dapat merawat berbagai penyakit.
TEJA LAWANG
Herba Teja Lawang
terdapat di kawasan hutan Perlis dan Kedah, selain itu juga terdapat di
beberapa kawasan hutan Thailand dan Indonesia. Bahagian tumbuhan yang digunakan
sebagai ubat adalah terasnya yang telah berumur lebih dari 100 tahun.
Teras Teja Lawang mengandungi
minyak meruap (minyak asiri) yang sangat berguna untuk memperbaiki sistem
pencernaan yang menimbulkan masalah angin dan seringkali menimbulkan rasa sakit
seperti nyeri pada sendi, pening kepala, terasa malas makan serta gangguan pada
pernafasan.
Batang
Teja Lawang juga mengandungi unsur kardiotonik yang jika disinergikan dengan
herba lain mampu berfungsi sebagai penguat jantung. Oleh itu Herba Tuju Angin amat baik diberikan
kepada penderita lemah jantung.
MANFAAT HERBA TUJU ANGIN
Setelah makan Herba Tuju Angin, biasanya
akan keluar peluh, hal ini disebabkan oleh kandungan karminatif yang terdapat
di dalam herba tersebut. Peluh akan keluar semakin banyak sekiranya dimakan
oleh orang yang biasa merokok. Proses keluarnya peluh itu adalah satu proses
detoksifikasi yang dilakukan oleh herba berkenaan.
Herba
Tuju Angin sesuai digunakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan wanita
yang hamil. Bagi anak-anak sebaiknya penggunaan Herba Tuju Angin dicampurkan
dengan air panas. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan Herba Tuju
Angin seeloknya disinergikan dengan herba lain dan hendaklah dilakukan 30 minit
sebelum makan dengan dosnya mengikut kadar berat badan.
Herba
Tuju Angin juga berfungsi sebagai pelawas serta mempercepatkan penyembuhan luka
ringan pada dinding usus. Herba ini akan memberikan reaksi yang cukup cepat
jika dibandingkan dengan herba lain. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh kurang
dari 7 hari.
Herba
Tuju Angin juga diyakini berkhasiat dapat merawat beberapa penyakit seperti
berikut:
1-Angin duduk – cepat penat, perut terasa
mual
2-Angin darah – cepat marah, emosi
3-Angin sendi – badan terasa sakit,
kesemutan pada kaki dan tangan
4-Migren – sakit kepala sebelah, pening secara
mendadak
5-Perut kembung
6-Reumatik
7-Sakit pada persendian
— with Masliza Md Sheh, Dang Anum, Radhiana Ramlan, Malacca Herbs, Ainol Anisah and At-Thalibah Alinmaslina.
Monday, 16 May 2011
Detoksifikasi Usus (Colon)
1. Memahami Sistem Usus
a. Makanan yang melalui sistem usus memerlukan sekitar 14 jam waktu transit didalam usus. Makanan yang tidak seimbang, kekurangan serat dan air, penggunaan antibiotik dan tekanan perasaan (stress) boleh melambatkan waktu transit tersebut.
b. Sbahagian kecil sisa kotoran yang ada akan dikeluarkan oleh badan. Dalam satu kajian autopsy, ditemui sekitar 1okg hingga 15 kg kotoran yang masih melekat pada lipatan lipatan kecil usus kecil dan besar orang dewasa. Masaalah sisa kotoran ini akan menjadi punca munculnya penyakit penyakit kronik.
c. Sebab sebab usus tersumbat dan bertoksid:
i. Makanan tidak seimbang - Pengambilan makanan yang tidak seimbang yang boleh meningkatkan kadar keasidan (acid-forming foods) seperti gula, tepung, makanan segera dan sebagainya.
ii. Makanan Proses - Makanan proses akan mengurangkan kesan elektrolisis dalam badan dan seterusnya mengakibatkan cairan hempedu yang seharusnya membantu pencernaan menjadi lebih berasid (masam) menyebabkan cairan hempedu tidak dapat mencernakan makanan dengan sempurna, ini akan mengakibatkan pembinaan penampal/pemalam plak (Plug) pada mukus (false mucoid lining) didinding dinding usus.
iii. Plak (Plug) - Plak ini menghalang penyerapan segala ubat dan zat makanan yang dimakan, dan pada waktu yang sama menjadi punca/ sumber toksid. Sisa kotoran dan kuman jahat akan diserap masuk kedalam saluran darah dan hati secara berterusan atau disebut sebagai autointoxication.
iv. Toksin - Toksin semakin membebani usus dan aliran darah sedangkan tubuh tidak lagi mampu menghasilkan nutrin yang cukup. akibatnya hati akan terpaksa menerima keadaan ini dan tidak lagi mampu menapis semua toksin hingga akhirnya sistem imuniti(daya Tahan) tubuh turut lemah untuk melawan penyakit
Penyumbatan usus dan toksid seperti diatas akan menyebabkan simptom penyakit seperti pening kepala, kelesuan, nafas berbau, sakit pada bahagian sendi dan gatal gatal pada kulit. Selain itu penyumbatan usus oleh sisa sisa kotoran dalam tubuh juga akan menimbulkan kesan psikologi seperti emosi terganggu dan munculnya pemikiran negatif
2. Menghilangkan Toksid Pada Usus
a. Usus merupakan salah satu organ tubuh yang perlu mendapat perhatian dalam perawatan kesihatan. Usus besar yang sihat akan mengelaurkan najis (tinja/kotoran) dalam masa tidak lebih dari 14 jam. jika Najis tersebut tidak segera dikelaurkan akan menjadi toksid dan diserap kedalam sistem peredaran darah dan seterusnya disimpan dalam tubuh. Proses ini dikenalai sebagai autointoxication
b. Herba Tuju Angin dihasilkan dari Mengkudu Hutan (Morinda eleptika) yang mempunyai bahan aktif morindin yang berfungsi membuang toksid yang ada dalam usus. Selain itu bahan aktif tersebut juga dapat berfungsi sebagai anti kanser dan bersifat probiotik
Subscribe to:
Posts (Atom)