Tuesday 10 July 2012

Fakta antara Zikir dan Fungsi Otak


FAKTA SAINS SEBENAR "Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit." Kepentingan Penjagaan Otak Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan , sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang. Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan). DARI SUDUT ISLAM PULA Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah: - Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir - Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya. - Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan. - Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya. - Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah. - Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah. - Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati. - Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah. -Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati. - Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur. - Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid. Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"

Saturday 7 July 2012

Scoliosis/ masaalah tulang belakang/ problem on backbone


Scoliosis merupakan masalah tulang belakang bengkok berbentuk S atau C. Gambar ini menunjukkan pesakit menghidap Scoliosis selama 5 tahun. Tulang belakangnya bengkok ke kanan dan timbul di sebelah kanan. Pinggulnya yang tidak stabil menyebabkan kakinya tinggi sebelah dan selalu kebas-kebas. Tapak kasut hanya sebelah sahaja haus. Urutan tulang belakang dibuat dan tulang pinggul dibetulkan kembali. Pesakit dinasihatkan rawatan selanjutnya.

Hamstring Muscle and problem


Gambar menunjukkan otot hamstring yang berada di belakang peha. Kecederaan hamstring adalah normal bagi mereka yang aktif bersukan terutama para atlit. Simptom dan tanda jika anda mengalami hamstring adalah kesakitan amat sangat dengan mengejut di bahagian hamstring dan sakit ketika membuat regangan otot untuk peha. Terdapat beberapa kaedah dalam merawat masalah kecederaan hamstring ini seperti rawatan pembetulan tulang belakang, rawatan akupunktur dan rawatan bekam. Ketiga-tiga mempunyai tujuan yang sama iaitu melancarkan pengaliran darah supaya sembuh dari kecederaan hamstring. P/S: Anda kena pantang minum air sejuk/ais untuk cepatkan proses penyembuhan. Ini adalah air sejuk/ais menjadikan otot hamstring menjadi berangin dan keras.

Anterior cruciate ligament (ACL)


Kecederaan anterior cruciate ligament atau ACL terjadi apabila tulang kaki berpusing ke arah berlawanan dengan melibatkan tekanan berat badan. Ligamen yang tercedera kemungkinan koyak sedikit atau koyak sepenuhnya. Selalunya pembedahan dilakukan oleh doktor pakar bagi merawat ligamen tersebut. Rawatan alternatif yang boleh dilakukan bagi masalah kecederaan ACL ini adalah: - akupunktur bagi mengalirkan darah, melegakan kesakitan - urutan bagi membetulkan urat saraf yang memegang lutut tersebut - pembetulan tulang belakang bagi membetulkan kedudukan tulang pinggul yang kemungkinan memberi tekanan pada lutut jika postur tidak betul - Electrode treatment

Masaalah Piriformis Syndrome


Sindrom piriformis terjadi apabila saraf sciatic ditekan atau pun diganggu oleh otot piriformis (di pinggul). Sindrom ini digelar neuromuscular disorder. Kesannya pesakit akan sakit punggung dan sakit di keseluruhan saraf sciatic iaitu dari punggung hingga ke bawah kaki.Kebiasaannya pesakit akan terasa kesakitan teramat sangat ketika duduk, menaiki tangga dan mencangkung. Rawatan yang amat sesuai adalah: - pembetulan tulang pinggul - urutan di bahagian punggung, peha dan betis - akupunktur bagi mengalirkan darah dan melegakan kesakitan saraf sciatic - Electrode massage

Monday 2 July 2012


Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya. Apakah bezanya Garam Buluh dengan garam biasa? Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan. Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Garam Buluh? Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus. Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Garam Buluh? Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan. Garam Buluh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, apakah bau itu? Adakah ia membahayakan badan manusia? Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia. Bolehkah garam makan seharian diganti dengan Garam Buluh? Boleh, Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan elemen surih, dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya.

Bagaimana Akupuntur dapat menghilangkan kedutan muka


Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana akupunktur dapat menghilangkan kedutan di muka? Gambar ini menunjukkan bagaimana reaksi kulit semasa dan selepas rawatan akupunktur. 1. Kedutan di kulit mengandungi radikal bebas di bawah kulit yang menyebabkan kulit menjadi tua. 2. Jarum akupunktur di cucuk ke kawasan berkenaan. 3. Sistem saraf dan otak dirangsang. 4. Pengaliran darah meningkat yang meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan inflamasi (pemanasan) 5. Unsur-unsur kolagen mulai merawat kedutan dan kulit yang rosak 6. Kedutan dapat dikurangkan dan kulit yang baru dihasilkan
Lebih cepat perubahan kedutan di kulit muka sekiranya mengamalkan Soy Collagen

Ghout


Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan. Asid urik dibuang melalui air kencing tetapi bagi kebanyakkan pesakit gout buah pinggang selalu menghadapi masalah. Ini menyebabkan asid urik tersebut tidak dapat dibuang dengan berkesan. Oleh itu ianya turun ke kawasan kaki dan membentuk kristal di tulang kaki termasuk sendi-sendi. Selalunya ibu jari kaki akan membengkak dan berwarna kemerah-merahan. Rawatan yang sesuai bagi gout adalah akupunktur kerana dapat merawat tepat pada masalah seperti sendi-sendi. Rawatan akupunktur dapat menormalkan pengaliran darah dan menguatkan kembali fungsi buah pinggang supaya masalah gout dapat dilegakan dan tidak akan berulang lagi.