Showing posts with label Chiropractic. Show all posts
Showing posts with label Chiropractic. Show all posts

Saturday, 7 July 2012

Scoliosis/ masaalah tulang belakang/ problem on backbone


Scoliosis merupakan masalah tulang belakang bengkok berbentuk S atau C. Gambar ini menunjukkan pesakit menghidap Scoliosis selama 5 tahun. Tulang belakangnya bengkok ke kanan dan timbul di sebelah kanan. Pinggulnya yang tidak stabil menyebabkan kakinya tinggi sebelah dan selalu kebas-kebas. Tapak kasut hanya sebelah sahaja haus. Urutan tulang belakang dibuat dan tulang pinggul dibetulkan kembali. Pesakit dinasihatkan rawatan selanjutnya.

Hamstring Muscle and problem


Gambar menunjukkan otot hamstring yang berada di belakang peha. Kecederaan hamstring adalah normal bagi mereka yang aktif bersukan terutama para atlit. Simptom dan tanda jika anda mengalami hamstring adalah kesakitan amat sangat dengan mengejut di bahagian hamstring dan sakit ketika membuat regangan otot untuk peha. Terdapat beberapa kaedah dalam merawat masalah kecederaan hamstring ini seperti rawatan pembetulan tulang belakang, rawatan akupunktur dan rawatan bekam. Ketiga-tiga mempunyai tujuan yang sama iaitu melancarkan pengaliran darah supaya sembuh dari kecederaan hamstring. P/S: Anda kena pantang minum air sejuk/ais untuk cepatkan proses penyembuhan. Ini adalah air sejuk/ais menjadikan otot hamstring menjadi berangin dan keras.

Anterior cruciate ligament (ACL)


Kecederaan anterior cruciate ligament atau ACL terjadi apabila tulang kaki berpusing ke arah berlawanan dengan melibatkan tekanan berat badan. Ligamen yang tercedera kemungkinan koyak sedikit atau koyak sepenuhnya. Selalunya pembedahan dilakukan oleh doktor pakar bagi merawat ligamen tersebut. Rawatan alternatif yang boleh dilakukan bagi masalah kecederaan ACL ini adalah: - akupunktur bagi mengalirkan darah, melegakan kesakitan - urutan bagi membetulkan urat saraf yang memegang lutut tersebut - pembetulan tulang belakang bagi membetulkan kedudukan tulang pinggul yang kemungkinan memberi tekanan pada lutut jika postur tidak betul - Electrode treatment

Masaalah Piriformis Syndrome


Sindrom piriformis terjadi apabila saraf sciatic ditekan atau pun diganggu oleh otot piriformis (di pinggul). Sindrom ini digelar neuromuscular disorder. Kesannya pesakit akan sakit punggung dan sakit di keseluruhan saraf sciatic iaitu dari punggung hingga ke bawah kaki.Kebiasaannya pesakit akan terasa kesakitan teramat sangat ketika duduk, menaiki tangga dan mencangkung. Rawatan yang amat sesuai adalah: - pembetulan tulang pinggul - urutan di bahagian punggung, peha dan betis - akupunktur bagi mengalirkan darah dan melegakan kesakitan saraf sciatic - Electrode massage

Sunday, 24 April 2011

Pusat Perubatan JAWI dan Perawatan Alternatif

Bertempat di Lot 120, No 63, Taman Serdang, 32000 Sitiawan (dibelakang surau Tmmn Serdang) membantu anda yang memerlukan perawatan alternatif Bekam al hijamah/ cupping, Akupuntur/ acupunture, Refleksologi, Pembetulan tulang belakang/ chiropratic, Sauna herba, Lymphatic massage, Bee venom treatment, sinergi dengan Herba