Showing posts with label akupuntur. Show all posts
Showing posts with label akupuntur. Show all posts

Tuesday, 29 December 2015

masaalah pre menstrual syndrom (PMS)


Tips mudah mengatasi masalah Premenstrual syndrome (PMS) Bagi kaum wanita yang mengalami PMS atau Premenstrual syndrome, terdapat tips mudah untuk mengatasinya. Terdapat 2 titik akupunktur yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan masalah PMS. Titik A dikenali sebagai titk SP 6 yang berada 4 jari daripada tulang buku lali manakala titik B dikenali sebagai titik LIV 3 yang berada berhampiran tulang ibu jari kaki. Kedua-dua titik ini ditekan menggunakan tekanan yang bersesuaian selama 1 minit...

Wednesday, 20 February 2013

Pusat Rawatan Jawi Herbs Centre


Pusat Rawatan Jawi Herbs Centre di alamat Ar-Ridho Enterprise (Cawangan HPA) di No 40, Jalan 1C/8 Fasa 1C4, 32040 Seri Manjung, Perak. Menawarkan Diagnos kelemahan organ, Akupuntur, Bekam Sunnah, Refleksologi, Rawatan herba

Saturday, 7 July 2012

Hamstring Muscle and problem


Gambar menunjukkan otot hamstring yang berada di belakang peha. Kecederaan hamstring adalah normal bagi mereka yang aktif bersukan terutama para atlit. Simptom dan tanda jika anda mengalami hamstring adalah kesakitan amat sangat dengan mengejut di bahagian hamstring dan sakit ketika membuat regangan otot untuk peha. Terdapat beberapa kaedah dalam merawat masalah kecederaan hamstring ini seperti rawatan pembetulan tulang belakang, rawatan akupunktur dan rawatan bekam. Ketiga-tiga mempunyai tujuan yang sama iaitu melancarkan pengaliran darah supaya sembuh dari kecederaan hamstring. P/S: Anda kena pantang minum air sejuk/ais untuk cepatkan proses penyembuhan. Ini adalah air sejuk/ais menjadikan otot hamstring menjadi berangin dan keras.

Monday, 2 July 2012

Ghout


Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan. Asid urik dibuang melalui air kencing tetapi bagi kebanyakkan pesakit gout buah pinggang selalu menghadapi masalah. Ini menyebabkan asid urik tersebut tidak dapat dibuang dengan berkesan. Oleh itu ianya turun ke kawasan kaki dan membentuk kristal di tulang kaki termasuk sendi-sendi. Selalunya ibu jari kaki akan membengkak dan berwarna kemerah-merahan. Rawatan yang sesuai bagi gout adalah akupunktur kerana dapat merawat tepat pada masalah seperti sendi-sendi. Rawatan akupunktur dapat menormalkan pengaliran darah dan menguatkan kembali fungsi buah pinggang supaya masalah gout dapat dilegakan dan tidak akan berulang lagi.