Tuesday, 15 November 2011
Kulat Susu Harimau (Lignosus rhinoceros)
Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.
Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu .
Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa.
Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan dnanah dan darah kotor akan mengalir keluar.
Posted by jawimedherb at 7:44
BUKAN satu rahsia lagi, cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.
Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau.
Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis. Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.
Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser. Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.
‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.
‘‘Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion),” ujar Powell.
Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.
Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England. Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden. Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.
Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.
‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.
‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.
‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya.
Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut.
Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit.
‘‘Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan.
‘‘Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau.
Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi . Powell sendiri banyak menggunakan Reishi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.
Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:
‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.
‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.
‘‘Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”
Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun. MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan.
Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium. Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor. Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.
‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.
‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell. [ Mingguan Malaysia, 13 Januari 2008 ]
Manakala Kulat susu harimau @ Lignosus Rhinocerus mengikut ceritanya, cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau, namun tidak dapat dibuktikan kebenarannya, namun begitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah satu ketumbuhan di payudara. Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.
Dalam perubatan tradisional, kulat ini dijadikan ubat sapu di mana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara. Pesakit akan merasai dingin dan dapat mengurangkan peradangan atau bengkak susu.
Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakkan berlakunya peradangan yang lebih teruk. Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat di dalam hutan-hutan tebal di banjaran Titiwangsa.
Kulat yang baik mempunyai berat bila di timbang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong. Jika telah berlaku pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah. Nanah serta darah kotor tadi akan mengalir keluar.
Nama Tempatan:
Cendawan susu rimau
Nama Saintifik: Lignosus rhinocerus
Nama Lain: Cendawan susu harimau, kulat susu rimau.
Famili:
Lokasi dijumpai: Seluruh Malaysia
Asal:
Keterangan:
Cendawan susu rimau atau cendawan susu harimau (Lignosus rhinocerus) merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di muka bumi negara kita. Menurut penceritaan orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya.
Ubi (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Kadang-kalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya. Apabila tiba masanya, ianya akan bercambah keluar dan membentuk payung cendawan yang berkembang mekar.
Menurut kepercayaan, hanya orang yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini.
Kegunaan:
Cendawan susu rimau mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan. Sejak sekian lamanya, ianya digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Bahagian ubi cendawan susu rimau yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan. Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah payudara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan.
Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati dermam, lelah, ashma, menigkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Baru baru ini sebuah Syarikat tempatan telah berjaya menemukan cara pembiak bakaan Cendawan Susu Harimau dan ini boleh dijayakan dengan penanaman cendawan secara komersil untuk kegunaan orang ramai.
Layari www.ligno.com.my
Post a Comment