Minyak zaitun mempunyai pelbagai jenis keluaran mengikut gred-gred yang tertentu. Harganya juga berbeza sama seperti madu lebah. Keistimewaan minyak zaitun jenis ini ialah kerana ia tidak melalui proses penapisan halus ( unfiltered) di mana keladak itulah yang menjadikan minyak ini berhasiat tinggi untuk kesihatan. Industri minyak zaitun sangat bergantung kepada kepercayaan pengeluar kerana dibimbangi minyak ini akan dicampur dengan minyak hazel yang lebih murah.
Minyak zaitun ini dikenali sebagai pati zaitun (extra virgin olive oil) diproses secara tradisional dan tidak melibatkan pemanasan atau penggunaan bahan kimia. Lelaki yang ingin sentiasa sihat sehingga jantung berfungsi seperti normal di usia tua perlu mengambil 2 sudu besar sehari sementara wanita pula menggunakannya bagi keremajaan kulit dan emosi terutama apabila PMS atau menopouse. Goncangkan minyak ini sebelum minum dan pengambilannya sewaktu perut kosong.
Ianya mencairkan darah dan membersihkan darah dari toksid dan bahan tidak diperlukan oleh tubuh,
benarlah firman Allah dalam surah AnNur ayat 35, Firmannya "Allah yang menerangkan langit dan bumi, Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al quraan), adalah sebagai sebuha "misykaat" yangberisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (gandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar terang cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manafaatnya (iatu) pokok zaitun yang bukan sahaja yang disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir hampir minyak itu- dengan sendirinya- memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya)walaupun ianya tidak disentuh api, (sinaran nur hidayah yang demikian bandngannya ialah adalah sinaran yang berganda ganda); cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yang dikehendakkinya (menurut undang undang dan peraturanya)kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan berbagai bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu.
Pola kehidupan kita masakini dengan tabiat memakan makanan berminyak, makanan segera, makan di kedai dan restoran, suka makan ayam yang dirawat dengan hormon penggemuk, makan lewat malam menyebabkan terkumpul tenaga yang dicerna dalam perut tetapi disebabkan kekurangan aktibiti yang banyak menggunkan tenaga seperti sedang tidur, tenaga tersebut bertukar menjadi lelemak yang berkumpur di Hati (Fatty liver), di Sekitar Jantung, dilapisan perut (Buncit) dan bahagian bahian anggota lain yang menyebabkan kegemukan.
Apabila ini berlaku bertahun tahun lamanya Darah menjadi pekat dan salur darah di arteri, pembuluh darah dan kapilari mulai menebal dengan lelemak. ini adalah puncanya berlaku kesemutan bermula dengan di jari jari tangan dan kaki (apabila duduk bersila lama). Maka perlulah kita mengamalkan meminum Minyak Zaitun extra Virgin.
Olive Trees 1500 years old found at Greece
1 comment:
InsyaAllah..Allah menyebut perihal pokok Zaitun sebanyak 7 kali didalam AL Quraan...maka amalkanlah didalam bentuk ganjil spt 7 sudu sehari ...kerana Allah itu amatlah suka kpd yang ganjil
Post a Comment