Saturday, 16 June 2012

10 TIPS UNTUK MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA BADAN KITA


Apabila menjangkau umur 20-an ke atas atau pun 40-an ke atas kadar metabolisma badan kita akan mula menurun dan kita boleh nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yg mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yg kita makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yg ideal, kini tidak lagi.. :( Bayangkan kita telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila kita termakan lebih sedikit sahaja berat kita cepat bertambah dan tidak menunjukkan penurunan. Adakah ini merisaukan?? Bukan sahaja membuatkan kita risau, malah kita akan hilang motivasi untuk terus berdiet. Kadar metabolisma ini bergantung kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Golongan muda lebih mudah untuk membakar kalori berbanding yg sudah berumur. Walaupun kita tidak boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yg boleh tingkatkan metabolisma badan kita. 1. Bina Otot Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yg lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2 kalori sahaja sehari. Perbezaan yg kecil ini akan semakin ketara dengan masa. Apabila kita melakukan aktiviti angkat berat, otot kita akan bekerja keras dan akan menambah kadar metabolisma ketika kita rehat. 2. Tingkatkan Jenis Senaman Anda Senaman aerobik mungkin tidak membantu anda membina otot yg lebih besar, tetapi ia dapat tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman. Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yg ‘high intensity’ memberikan anda pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa. Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yg singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym, lakukan senaman yg lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan. 3. Banyakkan Minum Air. Badan perlukan air untuk proses membakar lemak badan. Sekiranya kita mengalami dehidrasi, kadar metabolisma kita akan menjadi perlahan. Dalam kajian yg telah dijalankan, seseorang yg minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yg minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari. 4. Minum Minuman Yang Berais. Badan akan memproses lebih lemak badan untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya kita minum air suam yg berais. Untuk meningkatkan suhu air dalam badan memerlukan tenaga, dan dari situ tubuh badan kita akan membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan setiap hari. Kita juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak mempunyai gula. Ingat kembali mengapa setiap kali badan kita sejuk,hujan, perut kita cepat merasa lapar biarpun baru sudah makan, betul? Ini kerana kadar metabolisma badan kita tinggi, lemak2 dibakar utk menghasilkan tenaga dan haba untuk memanaskan suhu badan kita kembali. 5. Makan Dengan Lebih Kerap. Makan banyak sudah pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu kita meningkatkan kadar metabolisma. Apabila kita hanya makan 3 kali sehari sudah pasti kita mengambil satu porsi yg besar berbanding dengan makan lebih daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan kita akan turut juga menurun. Apabila kita mengambil makanan dengan lebih kerap kita dapat mengekalkan metabolisma badan kita daripada menurun. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan kuantiti yg sedikit tetapi lebih kerap. 6. Pedaskan Makanan. Makanan yg pedas mempunyai bahan kimia yang mampu ‘kick’ metabolisma kepada gear yg lebih tinggi. Kesannya mungkin sekejap tetapi apabila kita berterusan makan makanan yg agak pedas, kesannya akan lebih bertambah berbanding tidak mengambil makanan pedas langsung. 7. Tinggikan Protein Dalam Makanan. Badan memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadam makanan yg bersumberkan protein berbanding makanan yg bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25% lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun kita inginkan makanan yg seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat kita dengan makanan yg kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma kita. 8. Minum Kopi Hitam. Sekiranya kita memang menjadikan kopi sebagai rutin harian, kita mungkin merasakan tenaga dan daya tumpuan semakin bertambah terutama ketika waktu pagi. Sekiranya kita minum secara sederhana, ia mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma kita. 9. Minuman Teh Hijau Terlalu banyak kajian yg menunjukkan faedah-faedah teh hijau. kita tidak boleh menafikan kebaikannya untuk kesihatan badan. Dalam kajian sains, apabila kita minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori dalam badan kita sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yg singkat. Sebaiknya minum teh hijau sebelum kita hendak melakukan aktiviti untuk ‘boost’kan lagi kesannya. 10. Elakkan Diet Yang Melampau. Diet yg melampau biasanya melibatkan diet yg hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori. Walaupun diet ini membolehkan kita menurunkan berat badan dalam masa yg singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma kita menjadi perlahan. Diet ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot kita semakin rendah metabolisma kita. Akibatnya, badan kita akan mula mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan berat kita bertambah dengan mendadak lebih cepat daripada sebelum kita berdiet. Pilihan yang terbaik. Impak daripada makanan dan minuman yg telah dijelaskan diatas hanyalah sebahagian kecil sahaja berbanding apa yg kita perlukan untuk mengekalkan penurunan berat badan kita. Cara yg terbaik adalah dengan membina otot dan sentiasa aktif setiap hari. Semakin banyak kita bergerak setiap hari semakin banyak kalori yg dapat dibakar

No comments: