Thursday, 21 June 2012

Khasiat dan Fadhilat Doa Nurrun nubuwah


Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut; (1) Pelindung dari Sihir. Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit. (2) Hajat Tercapai. Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana. (3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus. Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi. (4) Dimuliakan orang Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.” (5) Pengasih Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang. (6) Air masin menjadi tawar Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum. (7) Bertemu para nabi. Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu. (8) Penyembuh Kesakitan. Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh. (9) Mengubat dari kerasukan. Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas. (10) Kuat berjalan Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu. (11) Turun hujan. Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan. (12) Pengaman bagi orang bertengkar Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan. (13) Musuh menjadi takut Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda. (14) Sulit bersalin. Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu. (15) Sakit mata Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh. (16) Penawar gigitan ular Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh. (17) Raja Jin. Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu. (18) Terhindar dari Kekufuran. Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk. (19) Menjumpai Jin. Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut. (20) Penyelamat siksa neraka. Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan. (21) Ingin mimpi yang indah. Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai. (22) Awet Muda Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut. (23) Memberi keselamatan. Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka. (24) Menjadi kuat Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit. (25) Gigitan yang kuat Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit. (26) Penyeri wajah. Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat. (27) Binatang menjadi patuh. Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda. (28) Melamar wanita. Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima. (29) Harta dunia. Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain. Inilah Doa nya: Ertinya: “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Saturday, 16 June 2012

10 TIPS UNTUK MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA BADAN KITA


Apabila menjangkau umur 20-an ke atas atau pun 40-an ke atas kadar metabolisma badan kita akan mula menurun dan kita boleh nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yg mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yg kita makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yg ideal, kini tidak lagi.. :( Bayangkan kita telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila kita termakan lebih sedikit sahaja berat kita cepat bertambah dan tidak menunjukkan penurunan. Adakah ini merisaukan?? Bukan sahaja membuatkan kita risau, malah kita akan hilang motivasi untuk terus berdiet. Kadar metabolisma ini bergantung kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Golongan muda lebih mudah untuk membakar kalori berbanding yg sudah berumur. Walaupun kita tidak boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yg boleh tingkatkan metabolisma badan kita. 1. Bina Otot Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yg lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2 kalori sahaja sehari. Perbezaan yg kecil ini akan semakin ketara dengan masa. Apabila kita melakukan aktiviti angkat berat, otot kita akan bekerja keras dan akan menambah kadar metabolisma ketika kita rehat. 2. Tingkatkan Jenis Senaman Anda Senaman aerobik mungkin tidak membantu anda membina otot yg lebih besar, tetapi ia dapat tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman. Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yg ‘high intensity’ memberikan anda pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa. Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yg singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym, lakukan senaman yg lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan. 3. Banyakkan Minum Air. Badan perlukan air untuk proses membakar lemak badan. Sekiranya kita mengalami dehidrasi, kadar metabolisma kita akan menjadi perlahan. Dalam kajian yg telah dijalankan, seseorang yg minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yg minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari. 4. Minum Minuman Yang Berais. Badan akan memproses lebih lemak badan untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya kita minum air suam yg berais. Untuk meningkatkan suhu air dalam badan memerlukan tenaga, dan dari situ tubuh badan kita akan membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan setiap hari. Kita juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak mempunyai gula. Ingat kembali mengapa setiap kali badan kita sejuk,hujan, perut kita cepat merasa lapar biarpun baru sudah makan, betul? Ini kerana kadar metabolisma badan kita tinggi, lemak2 dibakar utk menghasilkan tenaga dan haba untuk memanaskan suhu badan kita kembali. 5. Makan Dengan Lebih Kerap. Makan banyak sudah pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu kita meningkatkan kadar metabolisma. Apabila kita hanya makan 3 kali sehari sudah pasti kita mengambil satu porsi yg besar berbanding dengan makan lebih daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan kita akan turut juga menurun. Apabila kita mengambil makanan dengan lebih kerap kita dapat mengekalkan metabolisma badan kita daripada menurun. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan kuantiti yg sedikit tetapi lebih kerap. 6. Pedaskan Makanan. Makanan yg pedas mempunyai bahan kimia yang mampu ‘kick’ metabolisma kepada gear yg lebih tinggi. Kesannya mungkin sekejap tetapi apabila kita berterusan makan makanan yg agak pedas, kesannya akan lebih bertambah berbanding tidak mengambil makanan pedas langsung. 7. Tinggikan Protein Dalam Makanan. Badan memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadam makanan yg bersumberkan protein berbanding makanan yg bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25% lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun kita inginkan makanan yg seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat kita dengan makanan yg kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma kita. 8. Minum Kopi Hitam. Sekiranya kita memang menjadikan kopi sebagai rutin harian, kita mungkin merasakan tenaga dan daya tumpuan semakin bertambah terutama ketika waktu pagi. Sekiranya kita minum secara sederhana, ia mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma kita. 9. Minuman Teh Hijau Terlalu banyak kajian yg menunjukkan faedah-faedah teh hijau. kita tidak boleh menafikan kebaikannya untuk kesihatan badan. Dalam kajian sains, apabila kita minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori dalam badan kita sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yg singkat. Sebaiknya minum teh hijau sebelum kita hendak melakukan aktiviti untuk ‘boost’kan lagi kesannya. 10. Elakkan Diet Yang Melampau. Diet yg melampau biasanya melibatkan diet yg hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori. Walaupun diet ini membolehkan kita menurunkan berat badan dalam masa yg singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma kita menjadi perlahan. Diet ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot kita semakin rendah metabolisma kita. Akibatnya, badan kita akan mula mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan berat kita bertambah dengan mendadak lebih cepat daripada sebelum kita berdiet. Pilihan yang terbaik. Impak daripada makanan dan minuman yg telah dijelaskan diatas hanyalah sebahagian kecil sahaja berbanding apa yg kita perlukan untuk mengekalkan penurunan berat badan kita. Cara yg terbaik adalah dengan membina otot dan sentiasa aktif setiap hari. Semakin banyak kita bergerak setiap hari semakin banyak kalori yg dapat dibakar

Sunday, 3 June 2012

Khasiat Minyak Zaitun, Benefits of Extra Virgin Olive Oil


Minyak zaitun mempunyai pelbagai jenis keluaran mengikut gred-gred yang tertentu. Harganya juga berbeza sama seperti madu lebah. Keistimewaan minyak zaitun jenis ini ialah kerana ia tidak melalui proses penapisan halus ( unfiltered) di mana keladak itulah yang menjadikan minyak ini berhasiat tinggi untuk kesihatan. Industri minyak zaitun sangat bergantung kepada kepercayaan pengeluar kerana dibimbangi minyak ini akan dicampur dengan minyak hazel yang lebih murah. Minyak zaitun ini dikenali sebagai pati zaitun (extra virgin olive oil) diproses secara tradisional dan tidak melibatkan pemanasan atau penggunaan bahan kimia. Lelaki yang ingin sentiasa sihat sehingga jantung berfungsi seperti normal di usia tua perlu mengambil 2 sudu besar sehari sementara wanita pula menggunakannya bagi keremajaan kulit dan emosi terutama apabila PMS atau menopouse. Goncangkan minyak ini sebelum minum dan pengambilannya sewaktu perut kosong. Ianya mencairkan darah dan membersihkan darah dari toksid dan bahan tidak diperlukan oleh tubuh, benarlah firman Allah dalam surah AnNur ayat 35, Firmannya "Allah yang menerangkan langit dan bumi, Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al quraan), adalah sebagai sebuha "misykaat" yangberisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (gandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar terang cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manafaatnya (iatu) pokok zaitun yang bukan sahaja yang disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir hampir minyak itu- dengan sendirinya- memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya)walaupun ianya tidak disentuh api, (sinaran nur hidayah yang demikian bandngannya ialah adalah sinaran yang berganda ganda); cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yang dikehendakkinya (menurut undang undang dan peraturanya)kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan berbagai bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu. Pola kehidupan kita masakini dengan tabiat memakan makanan berminyak, makanan segera, makan di kedai dan restoran, suka makan ayam yang dirawat dengan hormon penggemuk, makan lewat malam menyebabkan terkumpul tenaga yang dicerna dalam perut tetapi disebabkan kekurangan aktibiti yang banyak menggunkan tenaga seperti sedang tidur, tenaga tersebut bertukar menjadi lelemak yang berkumpur di Hati (Fatty liver), di Sekitar Jantung, dilapisan perut (Buncit) dan bahagian bahian anggota lain yang menyebabkan kegemukan. Apabila ini berlaku bertahun tahun lamanya Darah menjadi pekat dan salur darah di arteri, pembuluh darah dan kapilari mulai menebal dengan lelemak. ini adalah puncanya berlaku kesemutan bermula dengan di jari jari tangan dan kaki (apabila duduk bersila lama). Maka perlulah kita mengamalkan meminum Minyak Zaitun extra Virgin.
Olive Trees 1500 years old found at Greece