Friday 11 January 2013

Salvadora persica (Kayu Siwak)


Siwak berhak berasa bangga kerana ia merupakan alat terakhir yang digunakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bersiwak itu sunnah. Ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya sebagaimana yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah رضي الله عنها: "Siwak itu dapat membersihkan mulut & mendatangkan keredhaan Allah." ~ HR Imam al-Bukhari رحمه الله. Namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul, tidak berlebihan & kayu siwak itu perlu dijaga kebersihannya. Menggosok gigi menggunakan berus gigi juga dianggap bersiwak, niatkannya sebagai sunnah, di samping menjaga kebersihan diri. Antara waktu Baginda صلى الله عليه وسلم melakukan siwak ini ialah ketika masuk rumah. Baca hadis ini; Daripada Miqdad bin Syuraih daripada ayahnya berkata: "Aku bertanya Aisyah apakah perkara yang mula² sekali Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan apabila masuk ke dalam rumahnya? Aisyah menjawab: Baginda bersiwak." ~ HR Imam Muslim رحمه الله اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم — with Afzan Wahab. Jangan lupa, satu kali anda bertasbih kepada Allah dengan diawali siwak, maka dihitung 70X bertasbih. Shalat dengan diawali siwak, akan terhitung 70X shalat. Dua rakaat shalat tahajjud diawali dengan siwak, maka dihitung 140 rakaat tahajjud. Hebat bukan? Maha Suci Sang Maha Dermawan menempatkan curahan kedermawanannya pada segala hal. Cara Bersiwak Cara bersiwak tidak ada ikhtilaf antara ulama, bahwa didalam kitab Syama’il Imam Tirmidzi, dalam hadist Rasul saw, bahwa Rasul saw. bersiwak dengan kayu arak, dan memulainya dari pertengahan, lalu ke arah kanan lalu ke kiri, demikian diulangi sebanyak 3 X. Imam Ghazali rahimahullah melengkapi caranya, yaitu: · meletakkan siwak di jajaran gigi tengah bagian atas, · lalu mendorongnya ke arah kanan sampai ke ujungnya, · lalu turunkan ke jajaran bawah kanan ujung, · lalu mendorongnya kembali ke tengah jajaran bawah, · lalu kembali naik ke tengah jajaran atas, · lalu mendorongnya ke arah kiri sampai ujungnya, · lalu turunkan ke jajaran bawah kiri ujung, · dan mendorongnya lagi ke tengah di jajaran bawah. Untuk mudahnya, anggaplah anda menulis angka delapan yang rebah. Demikian ini untuk perhitungan 1X, lalu mengulanginya sampai 3X. Inilah cara terbaik. Namun cara apapun juga sudah mendapatkan pahala sunnah. Siwak Menurut Medis Dari penelitian menunjukkan bahwa kayu siwak (Salvadora persica) mengandung bahan-bahan kimiawi yang bermanfaat untuk menekan aktivitas mikrobial dan menghambat pertumbuhannya. Penelitian daya hambat kayu siwak (Salvadora persica) terhadap pertumbuhan bakteri Streptococcus mutans yang patogen terhadap mulut, dapat menunjukkan kemampuan kayu siwak sebagai salah satu alternatif zat antibakterial yang memang seharusnya dikembangkan sebagai komoditas oral cleaner device (alat pembersih mulut) yang higinis dan efektif dalam mencegah periodontal disease. Penelitian terhadap Staphylococcus aureus yang merupakan patogen pada saluran pernapasan, kulit dan luka dapat pula menunjukkan bahwa kayu siwak bukan hanya efektif sebagai komponen antibakterial mulut, namun juga efektif sebagai antibakterial yang memiliki spektrum lebih luas. (Penelitian ini dikembangkan oleh Mahasiswa Biologi FMIPA ITS)
Secara Scientific kenapa Kayu Siwak berkesan terhadap penjagaan gigi dan menaikkan tahap interaktif otak: Aliran Elektrostatik Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan. Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya. Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan. Kesan Gigi Mendapat Elektron Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat. Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah. Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.
Teknik Menggosok (Bersiwak) Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak. Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat. Kesimpulan Manfaat Bersugi 1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti). 2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman. 3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria). 4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

1 comment:

Jawi Herbs Centre said...

Marilah kita mengamalkan berSiwak..... pastikan anda mempunyai kayu Siwak (Ingatan untuk saya, isteri dan anak anak saya juga)