Saturday 4 August 2012

Kayap dan Psoriasis ( Virus Vericella Zoster atau Herpes Vericellae


KAYAP adalah sejenis ruam tetapi pengidapnya akan merasa sakit disebabkan oleh virus Varicella Zoster (Herpes Varicellae) Virus ini akan bergerak daripada kulit melalui laluan saraf ke akar saraf dimana ia akan menjadi aktif Virus kayap boleh berlaku kepada orang yang pernah mendapat cacar air (Chicken Pox)yang telah bertahun atau virus tersebut telah ada dalam tubuh dan akan menjadi dominan bilaimuniti seseorang lemah terutama kepada orang yang tidak pernah terkena cacar air. KAYAP adalah penyakit yang TIDAK Berjangkit
Simptom Antara gejala gejala yang dihadapi: 1. Gatal dan sakit yang mencucuk cucuk seperti ditusuk jarum 2. Gelembung merah pada bahagian kulit, bernanah atau berair pada permukaan kulit, sekiranya gelembung merah terlalu banyak boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan 3. Apabila sembuh kayap ini akan meninggalkan parut pda permukaan kulit. 4. Lepuh ini biasanya amat sakit 5. Disebabkan virus ini menyerang sistem saraf, akan terasa kesakitan yang menjurus kepada sistem saraf (seperti kayap di kelopak mata, kesakitan akan terasa di bahagian telingga, leher dan turun kepada bahu serta kekejangan jari) serangan amat cepat dalam masa 3 hari simptom diatas akan terasa. 6.Kadangkala boleh mengakibatkan demam dan sakit kepala yang amat sangat Rawatan 1. Bekam sunnah di 10 titik sunnah (terutama yang menaikkan daya imuniti) 2. Akupuntur titik titik meningkatkan imuniti dan rangsangan antibiotik badan 3. Rawatan Herba a. Shark Cartillage 3 kapsul x 3 kali b. Bedak Delima di sapukan tempat lepuh (terasa kepanasan yang amat sangat dan menjadi sejuk selepas sapuan) atau Bedak sejuk + daun Delima c. Minuman Herba 3 uncang + Gula Batu Perang setiap kali hendak minum d. Boleh juga berikan Herba yang berklorofil seperti Spirulina, Hempedu Bumi (Kapsul IMT), Pengaga sebab herba herba ini bertindak seperti antivirus e. Atau herba yang secara alami menjadi antivirus seperti VCO

No comments: