Monday, 7 May 2012

Meroyan or Mothers' Blues


Gila Merian atau Meroyan merupakan jenis penyakit selepas bersalin yang amat serius dikalangan wanita selepas melahirkan . Biasanya wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin kotor yang berkumpul didalam rahim selepas bersalin atau disebut juga “mother blues” “Darah kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur akan menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala , Kemurungan, Kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan.” Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir . Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu. (Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 – 181) Apakah antara kesan penyakit ini ? • Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya • Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya menjadi resah dan gelisah . • Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara “hantu ” mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan. • Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit. • Akibat pengalaman yang tidak normal ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain . • Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan . Formulasi 1: 1. Set Kolon Cleansing iatu; Herba Tuju Angin, Pelawas dan Spirulina (untuk Detoksifikasi) 2. Teh Herba 3. EQ Minda (Madu + 7 bahan makanan tersebut dalam Al Quraan) 4. Paramaria 5. Moments 6. Cucurmin 7. Shark Cartillage Formulasi 2: 1. Cekur di buat sambal amalan harian 2. Kunyit untuk antioksidan dan anti pembengkakan (Cucurmin) 3. Halia + Serai (Teh Serai) + Jerangau untuk mengeluarkan sisa racun/toksid dan membersihkan darah 4. Paramaria 5. Moments 6. Shark Cartillage

No comments: