Wednesday, 30 May 2012

TELADANI MUHAMMAD AL-FATEH - PEMBUKA CONSTANTINOPLE


Posted on June 2, 2011 by Dr. Zainur Rashid Kenapa Constantinople begitu istimewa? Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasaskan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.
Constantinople begitu sangat strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”
Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq - لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير و لنعم الجيش ذلك الجيش “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabda Rasulullah s.a.w? Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
(Foto Masjid Abu Ayyub al-Ansary di Turki) Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w. Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harun ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan. Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya. Siapakah Muhammad al Fateh?
Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria). Baginda dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople. Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun. Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda? Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan bersepadu. Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek. Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.
Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda. Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh. Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan. Bagaimanakah hasil pendidikan ini terhadap Muhammad al-Fateh? Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan di samping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara
(Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya) Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja. Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fateh. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali” Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan? Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.
Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.
Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam. Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?
Dari sudut geografinya, Kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore dan Teluk Golden Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople. Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang, Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut. Menara Bergerak Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan pejuang jihad Islam. Namun tentera Byzantine Berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah ianya Berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan dari Vatican.
Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan Eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa agar Constantinople selamat. Maharaja byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka. Bagaimanakah Constantinople ditawan? a-Membawa kapal melalui gunung
Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Ini adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. b-Suntikan semangat jihad Baginda yang turut dibantu oleh para ulama telah mengambi kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t. c-Memanjat kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha’. Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari. d-Karisma Pemimpin Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!”. Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan mengetarkan pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh. e-Terowong Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat tahu bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat. Penawanan Constantinople Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan dan Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambol kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul. Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja? Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang tidak pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu. Adakah kemenangan itu adalah disebabkan oleh kelemahan Byzantine? Sesungguhnya kemenangan tersebut Berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah ketika itu. Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di zamannya.” Apakah sumbangan utama lain Muhammad al Fateh? Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai tarikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebu, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang. 1- Keadilan beragama Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih Anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan. 2-Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan
Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian. 3-Perkembangan Tamadun Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan. Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi. Wahai anak muda ! Mari bersama kita teladani ikon kita….Sultan Muhammad al-Fateh ! Al Fatihah untuk Sultan Muhammad al Fateh ............. Salam perjuangan Dr Zainur Rashid Rujukan dan Penghargaan Dr Eaman Mohammad Abbas – Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007 Sheikh Muhhammad Sa’id Mursi – Tokoh=tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Pustaka al Kauthar Jakarta 2007 Dr Ali Muhammad as Salabi – Biography of Muhammad al-Fateh. Maktaba as Sahaba Mohd Fauzi Asmuni – Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople. satuperkongsian.wordpress .com Hasrizal Abdul jamil – Sultan Mummad al-Fatih dan Pembukaan Istanbul – 2007. komuniti.iluvislam.com

Monday, 28 May 2012

Acupuncture points for uplifting Kidney


Titik-titik akupunktur yang elok untuk menguatkan buah pinggang. Buah pinggang dalam perubatan Cina berfungsi sebagai jus untuk keinginan seks, kesuburan dan pembiakan. Buah pinggang juga tugasnya menguatkan fungsi hati (liver). Kalau buah pinggang kuat dan sihat maka hati (liver) pun sihat. 1. Titik Taixi KID-3 2. Titik Fuliu KID-7 3. Titik Yingu KID-10 4. Titik Shenshu BL-23

Thursday, 24 May 2012

Acai Berry Palms


EDISI HERBA : Manfaat Hebat si ACAI BERRY (Euterpe oleracea), Buah yang satu ini kini menjadi sangat populer. Sebagai pencegah kanker, penuaan dini dan sekedar menjaga kesehatan. Dari mana asal buah ini dan apa manfaat buah dan jus acai berry ini bagi tubuh? Yuk simak info lengkapnya di sini! Pujian pasar tentang buah acai berry sebagai salah satu buah elit yang memiliki khasiat anti-aging dan penurun berat badan yang hebat. Bahkan beberapa perusahaan memakai acai berry dalam kosmetik dan produk kecantikan mereka. Tetapi apakah penelitian ilmiah mendukung pengakuan terhadap manfaat buah ini? Apakah Sebenarnya Buah Acai Berry? Acai berry adalah buah mungil yang panjangnya hanya beberapa inci saja dengan warna kemerah-merahan, nyaris ungu. Buah ini berasal dari Acai palm tree (Euterpe oleracea), yang asli berasal dari Amerika Tengah dan Selatan. Buah ini masih berkaitan dengan bluberry, cranberry, dan buah berwarna ungu gelap lainnya. Penelitian terhadap acai berry berfokus pada kemungkinannya memiliki kandungan antioksidan. Secara teoritis, kegiatan yang menghasilkan antioksidan tersebut dapat membantu pencegahan penyakit yang disebabkan oleh stress oksidasi seperti penyakit jantung dan kanker. Apakah Buah Acai Berry Menyehatkan? Buah acai mengandung beberapa unsur yang disebut anthocyanins dan flavonoids. Kata ‘anthocyanins’ tersebut berasal dari dua kata Yunani yang berarti ‘tanaman’ dan ‘biru’. Anthocyanins merupakan zat yang bertanggung jawab atas unsur merah, ungu, dan biru sebagai warna pada buah-buahan, sayuran, dan bunga. Makanan yang banyak mengandung anthocyanins – seperti blueberry, anggur merah, wine merah, dan acai – memiliki warna yang sangat kuat, berkisar antara ungu tua hingga hitam. Anthocyanins dan flavonoids merupakan antioksidan yang tinggi yang bisa membantu pertahanan tubuh melawan tekanan stress sehari-hari. Mereka juga memiliki peranan penting dalam pencegahaan sistem sel tubuh. Radikal bebas adalah produksi berbahaya yang dihasilkan oleh tubuh. Makan makanan yang kaya antioksidan berkaitan dengan proses penuaan dan penyakit dengan menetralisir radikal bebas. Dengan mengurangi kekuatan pengancur dari radikal bebas, antioksidan dapat membantu mengurangi resiko terserang beberapa penyakit, seperti JANTUNG dan KANKER. Apakah Manfaat Acai Berry? Beberapa penelitian memperlihatkan bahwa daging buah acai memiliki kapasitas antioksidan yang sangat tinggi bahkan lebih daripada kandungan antioksidan yang terdapat pada cranberry, raspberry, blackberry, strawberry, atau blueberry. Bagaimanapun penelitian tetang hal tersebut masih berlangsung, dan jurinya adalah mereka yang mengkonsumsinya. Orang-orang mengkonsumsi acai berry untuk mendapatkan berbagai manfaat kesehatan. Tetapi sejauh ini, acai berry belum memiliki manfaat yang pasti bagi kesehatan, manfaat yang berbeda dari buah-buahan lain yang serupa. Apakah Acai Berry Bisa Menurunkan Berat Badan? Para ilmuwan mempelajari tentang seberapa kuat fungsi dari superfoods, seperti acai berry ini. Meskipun acai berry dipuji oleh beberapa produk PENURUN BERAT BADAN , beberapa studi telah melakukan ujo coba mengenai keuntungan acai dalam meningkatkan penurunan berat badan. Sementara ini, banyak reset mendukung untuk mengkonsumsi makanan diet yang kaya akan antioksidan. Hal tersebut tidak diragukan karena berry dan buah-buahan lainnya merupakan bagian dari kunci penting dari berbagai diet sehat untuk meningkatkan penurunan berat badan. Mengapa Acai Berry Digunakan dalam Produk Kecantikan? Beberapa kosmetik dan produk kecantikan mengandung minyak acai dalam daftar kandungan bahan-bahan. Itu karena minyak acai adalah sumber utama dari antioksidan. Studi memperlihatkan bahwa minyak dari acai berry dapat menjadi alternatif aman dibanding minyak tropikal lainnya yang digunakan pada produk kecantikan seperti cream wajah dan tubuh, terapi kulit anti penuaan, pencuci rambut dan kondisioner, dan produk lainnya. Ketika minyak acai diproses dan ddisimpan dalam jangka panjang, level antioksidannya tetap tinggi. Apakah Efek Samping Buah dan Jus Acai Berry? Jika Anda memiliki alergi serbuk sari atau super sensitif terhadap acai atau jenis berry yang serupa, Anda mungkin perlu menghindari buah ini. Namun jika Anda mengkonsumsinya dengan jumlah yang cukup, rasanya cukup aman untuk mengkonsumsi buah ini. Semoga bermanfaat untuk Sahabat......

Do you have Problem on High Blood Pressure, Stroke, Heart, Thrombosis and Plak (Thickening of blood)


When a person suffering a numbness of hands or while sitting down (bersila) for a while or squatting down and stand up it indicate blockage in once of the carpillaries or veins, at the same time your blood is thickening, cholestrol level increased, similarly if you unattentionally bitten your tongue, your lips that indicate the blood flow to the side brin that control the movement of toungue have insufficient blood due to blood thickening, clogging up of capillaries or veins. You may also suffering a vertigo, acute headache similar situation happen. Dr Sumi of Japan has found out a food material contain NATTOKINASE has a good property to help us thinning the blood, clear plak and thrombosis and many other benefits.
2012 Product Review Our full review of these products revealed a clear winner. Arthur Andrew Medical recently unveiled their answer to the somewhat stagnant nattokinase market by offering the world’s first raw nattokinase probiotic called Nattobiotic. While the concept of raw is becoming overwhelming popular, most raw products are lower in activity compared to their pure or processed counterparts. Nattobiotic being a raw ingredient we would expect a see low activity. What surprised our team was, Nattobiotic actually rated the highest in fibrinolytic activity “per capsule” of any nattokinase product we have ever tested. Historical Overview It’s always convenient to find all of the information about the products you are researching in one place. Who invented Nattokinase? Where Does Nattokinase come from? What is Nattokinase used for? For those of you just learning about Nattokinase, we have dedicated a brief history section for this miraculous enzyme and detailed information on the people who discovered it. In addition we have selected scientific and clinical articles for reference and a brief history of Dr. Sumi, considered the father of Nattokinase. These pages are loaded with interesting Nattokinase facts, and updated information about the history of Nattokinase and its use in natural medicine. Nattokinase Clinical Overview There have been a number of clinical trials on nattokinase and all of them have shown positive results regarding natto’s properties to improve cardiovascular health. Natto food has been consumed for centuries, being a very powerful and traditional food in Japan that is consumed not only for cardiovascular support, but also as a natural and safe way to decrease blood pressure. The medical applications of Nattokinase have been scientifically proven through multiple clinical trials and case studies. The Japanese have known for years that the consumption of natto can help control and lower blood pressure. Until recent modern research, this belief was just considered folk tradition. Nattokinase Review This year there were almost 100 contenders in competition for the best overall Nattokinase product. We have done the research and crunched the numbers making it easier for you to compare brands without all of the guesswork. While Nattokinase manufacturing has remained consistent for over a decade, the front runner in 2012 broke the mold introducing the first ever raw nattokinase probiotic rated at over 5,000 FU’s of strength. Quite an impressive characteristic for a raw product indeed. Arthur Andrew Medical’s Nattobiotic takes our #1 spot for 2012 as the world’s best Nattokinase product. Please read our editors full review of the best Nattokinase products of 2012. Nattokinase In Action Nattokinase is well known for its cardiovascular benefits. A remarkable and well documented story of the successful effects of nattokinase comes from an occasion where nattokinase was used on a patient in Japan. The man that used nattokinase was 58 years old and acquired a blood clot in the retina of his right eye. This blood clot created a fluid buildup and bleeding in his right eye after a short while this gentleman began to lose his vision the university hospital where he was treated prescribed him a 3 oz dose of natto each evening before bed. This was a preparation stage by the hospital in order for this man to receive the full benefit of nattokinase. Natural Blood Thinner Nattokinase supplementation was shown to suppress intimal thickening (thickening of the blood vessel wall) following induced injury of the rat femoral artery and appeared to enhance tissue type plasminogen activator (t-PA) while not tending to increase bleeding versus the control group. Thus, orally administered nattokinase could be considered as a cardiovascular disease (CVD) nutraceutical by decreasing plasma levels of these blood clotting factors associated with an increased CVD risk. Fibrinolytic activity, the amounts of t-PA, and fibrin degradation by-product in the plasma are doubled when nattokinase is given to human subjects by oral administration. Nattokinase is a Powerful Clot Buster There are numerous enzymes that are produced naturally by human beings. However, there is only one single enzyme that actually works to break down and break up blood clots, known as plasmin. A scientist by the name of Doctor Martin Milner working with the Center for Natural Medicine in Portland, Oregon stated that nattokinase is an extremely potent treatment due to the fact that it increases the human body's ability to battle blood clots through multiple methods, because of its ability to relate to plasmin. Additionally, nattokinase augments the human body's ability to fabricate both plasmin and additional clot-dissolving agents, like urokinase.

Petikan Beberapa Surah-Surah Yang Berkaitan Dengan Angka 7 Dalam Sesuatu Penciptaan Allah Swt ~ Surah An Naba’ Ayat 12, “Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh.” ~ Surat Al Hijr Ayat 16, "Dan sungguh Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya.” ~ Surah Al Hijr Ayat 44, "Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka." ~ Surat Al Hijr Ayat 87, "Dan Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung." NOTA: Dalam gambar cuma sebahagian sahaja contoh-contoh yang dapat dimuatkan. Wujud banyak lagi keisimewaan Angka 7 ini didalam ciptaan Allah yang lain. Semoga gambar ini mencetuskan semangat untuk menjelajah ilmu-ilmu Allah yang lainya - DrSoul

Tuesday, 22 May 2012


Khusus Untuk Teman2 yang belum mengetahui Apa itu THERAPY HIRUDO LEECH MEDICINALIS,Dan Untuk Teman2 Therapist HIRUDO/LINTAH sebagai share pengetahuan sesama therapist,,,,silahkan di copas yah,Smoga Bermanfaat ♥ ~~~@ HIRUDINAE @~~~ Bentuk tubuhnya pipih dan segmen-segmennya jelas Tidak memiliki rambut atau parapodia / setae Tidak tertutup kutikula yang dihasilkan epidermis Banyak terdapat di air tawar, air laut atau di darat, memiliki alat penghisap pada bagian anterior dan posterior yang berguna untuk mengisap darah dan melekatkan diri pada tubuh mangsanya. Selama diisap lintah, darah mangsanya tidak akan membeku karena lintah menghasilkan zat hirudin sebagai zat antikoagulan Saluran pencernaannya terdiri atas usus yang memiliki tonjolan membentuk kantung-kantung sehingga cukup banyak darah yang dapat disimpan di kantung usus tersebut. Tergolong hewan hermafrodit, lubang genetalia jantan terletak di muka lubang genetalia betina. Sistem pencernaan terdiri dari mulut, faring, tembolok, lambung, rektum, anus. Anus terletak pada bagian dorsal. Peredaran darah tertutup Pernafasan berlangsung melalui kulit. Pengeluaran (eksresi) melalui nefridium yang terdapat pada setiap segmen. Hewan ini mempunyai kelenjar ludah yang mnghasilkan sekret yang mengandung bahan anti koagulasi (mencegah penggumpalan darah) dinamakan Hirudin. Baik untuk therapy Storke,Jantung,Diabetes,Kolesterol,Hypertensi,kanker,tumor,Ginjal,liver,vertigo,migren,lambung,paru2,sinusitis,polip,kesuburan,impotensi,Jerawat,,,,dan penyakit lainnya,Apalagi di combain dengan HIJAMAH/BEKAM + HERBA THIBBUN NABAWI. SUBHAN ALLAH , silahkan teman2 mencoba,info lebih lanjut bisa menghubungi +628138138140