Wednesday, 30 December 2015

PIM : Masaalah yang seakan sakit jantung


Oleh: HERBALIS BAHRAIN SAMAH,  Tarikh: December 6, 2011

Sindrom prolaps injap mitral (mitral valve prolapse) yang utama ialah degupan jantung tidak sekata, sakit dada, serangan panik/keresahan, lesu melampau dan migrain. Prolaps injap mitral (PIM) biasanya tidak mengancam nyawa, namun ia dikatakan menimbulkan pelbagai simptom yang sebahagian daripadanya kelihatan tidak mempunyai kaitan langsung dengan PIM. Simptom yang dikaitkan dengan PIM termasuk rasa sakit, peka dengan degupan jantung, sukar bernafas, kemurungan, sukar memfokuskan, sukar untuk tidur lena, rasa melayang-layang dan menggigil. Simptom lain ialah lesu, sindrom rengsa usus, tidak tahan bersenam lama, migrain, serangan panik/keresahan dan taraf kesihatan menurun. Beberapa simptom yang jarang anda dengar tetapi dikaitkan dengan PIM ialah mudah mengalami masalah ketumbuhan (fibrocystic) pada payudara, sakit sendi, fibromyalgia, simdrom premenstruasi, kemurungan menurut musim, mabuk tempat tinggi dan mabuk laut. Masalah sendi temporomandibular juga dipercayai ada kaitan dengan PIM dengan simptom sakit kepala, sakit telinga, rasa melayang-layang, telinga tersumbat dan telinga berdengung. Ketidakseimbangan Sindrom PIM dipercayai terhasil daripada gabungan PIM dengan dysautonimia. PIM ialah kelainan injap jantung yang menyebabkan pada keadaan tertentu sedikit darah berpatah balik ke belakang ke arah serambi kiri jantung. Menterjemah istilah prolapse sebagai jatuh tidak tepat kerana jatuh mengarah ke bawah namun injap mitral berpatah balik ke atas iaitu ke arah serambi jantung. Dysautonimia pula merujuk kepada ketidakseimbangan sistem saraf autonomik (SSA). Jika kedua-dua keadaan PIM dan dysautonimia berlaku serentak, kadang-kadang ia menimbulkan beberapa simptom seakan-akan serangan jantung seperti sukar bernafas nafas, sakit dada, degupan jantung deras, rasa lesu, pitam, pitam, kebas/mencucuk-cucuk di hujung jari-jari kaki/tangan dan rasa seakan-akan diambang kematian. Simptom lain ialah sukar untuk mengawal diri, berpeluh dan tubuh berasa dingin. Keadaan ini menyebabkan seseorang dikejarkan ke hospital kerana simptom yang dialami serupa dengan serangan jantung.  Penghidap PIM yang disyaki mengalami ‘serangan jantung’ ini sebenarnya mengalami serangan panik/keresahan. Kebanyakan doktor dikatakan akan mendiagnosis penghidap PIM tetapi biasanya mereka akan menangani sebahagian kecil dari simptom yang dialami. Jika tekanan darah didapati tinggi doktor akan mempreskripsikan ubat anti tekanan darah tinggi. Jika kolesterolnya tinggi pesakit akan dipreskeripsi ubat anti kolesterol. Jika ini yang sering berlaku maka semakin ramai penghidap serangan panik/keresahan menerima padah tersalah diagnosis sebagai pesakit jantung atau berpotensi untuk mengalami serangan jantung. Tersalah diagnos Pesakit yang telah tersalah diagnos sentiasa bimbang akan mengalami ‘serangan jantung’ lagi pada masa akan datang. Kebimbangan semakin bertambah dari masa ke masa. Keadaan ini sendiri dapat menyebabkan simptom serangan panik/keresahan semakin teruk atau ketara pada masa akan datang. Itulah sebabnya betapa penting melengkapkan diri dengan ilmu dan informasi. Penghidap PIM yang mengadu semua jenis simptom yang dialaminya akan memudahkan doktor untuk menjalankan diagnosis. Kebanyakan penghidap PIM dikatakan tidak mengalami penyakit atau masalah jantung. Sindrom PIM iaitu simptom yang berlaku akibat PIM semata-mata atau bergabung dengan dysautonimia sebenarnya berpunca daripada satu punca.Apakah puncanya? Puncanya ialah ketidakseimbangan sistem saraf autonomik (SSA). SSA terbahagi dua iaitu sistem saraf simpatetik (SSS) dan sistem saraf parasimpatetik (SSP). SSS perlu ketika tubuh mengalami ketakutan atau stres fizikal seperti melakukan kerja berat atau senaman. SSS mengecutkan arteri lalu meningkatkan tekanan darah. Jantung akan berdenyut pantas dan paru-paru bekerja keras bernafas serta otot menjadi pendek/kecut. SSP pula membantu tubuh untuk tugas-tugas rehat dan hadam. Ketika ini arteri rehat dan tekanan darah normal. Jantung berdenyut normal. Paru-paru menjalankan tugas secara normal dan otot dalam keadaan rehat. Kekurangan magnesium dikatakan antara punca utama ketidakseimbangan SSA dan seterusnya menimbulkan sindrom PIM. Pada keadaan normal terdapat lebih banyak magnesium dalam sel berbanding di luar sel. Kekurangan magnesium secara ketara menyebabkan otot menjadi pendek atau kurang anjal. Injap mitral pada penghidap PIM dikatakan menjadi keras dan kurang anjal. Dysautonimia yang menyemarakkan simptom PIM juga dipercayai berpunca dari kekurangan magnesium. Keperluan magnesium Magnesium amat penting untuk tubuh. Ia merupakan elemen utama membantu tubuh menjana tenaga. Ia digunakan dalam proses detoks dan pelbagai jenis metabolisme tubuh. Punca kekurangan magnesium banyak termasuk yang utama mengalami stres emosi secara berpanjangan, mengalami trauma dan sering makan ubat-ubatan moden. Tubuh bertoksin, kerap makan ubat-ubatan moden, merokok, minum alkohol juga menyebabkan kekurangan magnesium. Sayur-sayuran hijau kaya dengan magnesium. Malang sekali semakin ramai orang kurang makan sayur hijau. Teknik pertanian moden hari ini juga menyebabkan paras magnesium tidak setara dengan paras magnesium dalam sayur-sayuran ditanam secara organik. Makanan terproses, makanan merapu (junk food), makan berlebihan, ketagih makanan manis juga menyebabkan kekurangan magnesium dalam tubuh. Pada keadaan tertentu doktor akan mencadangkan pembedahan injap mitral. Biasanya PIM tidak akan berulang lagi. Namun harus diingat, jantung ialah antara organ terpenting tubuh. Tiada sebarang pembedahan jantung yang tidak terdedah kepada risiko tinggi kegagalan jantung. Proses mengembalikan elemen magnesium secara berterusan boleh membantu. Ia meredakan tindakan SSS yang terlalu dominan dan mengembalikan keanjalan injap mitral. Sebanyak ½ camca teh magnesium sulfate (Epsom salt, beli di kedai farmasi) diambil dengan satu cawan air setiap kali dengan kekerapan tiga kali sehari boleh membantu. Ambil juga vitamin B kompleks setiap hari, ½ biji pagi dan ½ biji petang. Cuba ambil rebusan pokok semalu. Sediakan dari sepohon pokok semalu dengan akar sekali ditumbuk separuh lumat dan direbus dengan empat cawan air hingga berkurangan kepada dua cawan. Minum secawan pagi dan secawan petang. Amalkan secara berterusan.

No comments:

Post a Comment