Tuesday, 8 November 2011

Herba Tuju Angin




Ramuan utama Herba Tuju Angin ialah dari pokok Teja Lawang (Cinnamomum
iners) yang mengandungi minyak meruap (minyak asiri). Herba Teja Lawang
tergolong dalam famili yang serupa dengan pokok Kayu Manis. Hal ini dengan
mudah dibuktikan dengan mematahkan kulit Kayu Manis maka akan didapati bahan
yang sama dengan Teja Lawang, Cuma baunya berlainan.


Herba lain yang digunakan dalam ramuan Herba Tuju Angin
adalah Mengkudu Hutan, Cemamar, Tebu Gajah dan Larak. Sinergi dari herba-herba
tersebut sangat berguna bagi kesihatan tubuh serta menjadi penawar mujarab yang
dapat merawat berbagai penyakit.

TEJA LAWANG

Herba Teja Lawang
terdapat di kawasan hutan Perlis dan Kedah, selain itu juga terdapat di
beberapa kawasan hutan Thailand dan Indonesia. Bahagian tumbuhan yang digunakan
sebagai ubat adalah terasnya yang telah berumur lebih dari 100 tahun.



Teras Teja Lawang mengandungi
minyak meruap (minyak asiri) yang sangat berguna untuk memperbaiki sistem
pencernaan yang menimbulkan masalah angin dan seringkali menimbulkan rasa sakit
seperti nyeri pada sendi, pening kepala, terasa malas makan serta gangguan pada
pernafasan.





Batang
Teja Lawang juga mengandungi unsur kardiotonik yang jika disinergikan dengan
herba lain mampu berfungsi sebagai penguat jantung. Oleh itu Herba Tuju Angin amat baik diberikan
kepada penderita lemah jantung.


MANFAAT HERBA TUJU ANGIN


Setelah makan Herba Tuju Angin, biasanya
akan keluar peluh, hal ini disebabkan oleh kandungan karminatif yang terdapat
di dalam herba tersebut. Peluh akan keluar semakin banyak sekiranya dimakan
oleh orang yang biasa merokok. Proses keluarnya peluh itu adalah satu proses
detoksifikasi yang dilakukan oleh herba berkenaan.
Herba
Tuju Angin sesuai digunakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan wanita
yang hamil. Bagi anak-anak sebaiknya penggunaan Herba Tuju Angin dicampurkan
dengan air panas. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan Herba Tuju
Angin seeloknya disinergikan dengan herba lain dan hendaklah dilakukan 30 minit
sebelum makan dengan dosnya mengikut kadar berat badan.



Herba
Tuju Angin juga berfungsi sebagai pelawas serta mempercepatkan penyembuhan luka
ringan pada dinding usus. Herba ini akan memberikan reaksi yang cukup cepat
jika dibandingkan dengan herba lain. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh kurang
dari 7 hari.


Herba
Tuju Angin juga diyakini berkhasiat dapat merawat beberapa penyakit seperti
berikut:
1-Angin duduk – cepat penat, perut terasa
mual


2-Angin darah – cepat marah, emosi


3-Angin sendi – badan terasa sakit,
kesemutan pada kaki dan tangan


4-Migren – sakit kepala sebelah, pening secara
mendadak


5-Perut kembung


6-Reumatik


7-Sakit pada persendian

— with Masliza Md Sheh, Dang Anum, Radhiana Ramlan, Malacca Herbs, Ainol Anisah and At-Thalibah Alinmaslina.

1 comment:

  1. Jangan terlalu sering mengambil herba poduk 3D (D'Deu, D'Karm dan D'Det) kerana akan ada kesan sampingan dalam jangkamasa panjang pengamalan seperti tapak kaki pecah pecah...... cukup sekadar mengambil maksima 1 bulan,
    Kepada yang mengalami degupan jantung tak stabil ambillah herba tuju angin yang mengandungi minyak asiri membantu menstabilkan degupan jantung... insyaAllah

    ReplyDelete